ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
+18
ucopsantorian
MamatKAPAR
kawa_zephyr_750
Albab
jimf
patrickstar
katanaf4775
jagindas
rahami
fendizz
shukri
ZX7R
zull
dad
zulvoyager
randygpz old sbk
MrProfessor
faizul_11
22 posters
Page 1 of 7
Page 1 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan AirAsia Berhad (AirAsia) merealisasikan impian Muhammad Zulfahmi Khairuddin apabila menaja pelumba itu beraksi pada musim penuh saingan kelas 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2010.
Pelumba berusia 18 tahun itu akan berlumba untuk pasukan Ongetta I.S.P.A dan ditaja sepenuhnya oleh AirAsia.
Zulfahmi mula mendapat perhatian apabila menempatkan diri dalam kelompok 20 pelumba terbaik, walaupun beraksi atas tiket wildcard untuk pasukan AirAsia Malaysia dalam kelas 125cc pada Grand Prix Malaysia, Oktober lalu.
Dia yang memulakan karier pada tahun 2008, gembira apabila diberi peluang mewakili Malaysia pada saingan perlumbaan MotoGP musim 2010 ini.
"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan buat saya. Saya tidak sangka impian untuk beraksi pada perlumbaan peringkat dunia tercapai dalam masa yang singkat.
''Namun, saya juga anggap peluang ini sebagai tekanan kerana peminat menaruh harapan tinggi kepada saya.
"Saya berbangga kerana akhirnya apa yang saya impikan selama ini menjadi nyata. Saya tahu, ia bukan sesuatu yang mudah dan cukup mencabar tetapi saya akan pastikan dapat memberi cabaran terbaik pada perlumbaan sebenar kelak," katanya.
Fahmi akan bertolak ke Milan pada 12 Januari bagi memulakan sesi latihannya termasuk ujian jentera, sesi latihan kecergasan, motosikal lasak dan latihan dengan jentera 'supermotard' bersama pasukannya, sebelum saingan pembukaan MotoGP berlangsung di Litar Losail, Qatar pada 9 hingga 11 April depan.
Pelumba kelahiran Banting itu percaya, peluang tersebut hanya datang sekali dalam seumur hidup dan dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Mungkin ramai yang beranggapan saya hanya bernasib baik terpilih, namun secara jujur bagi saya untuk sampai ke tahap ini (pentas MotoGP) banyak pengorbanan yang terpaksa saya harungi.
"Saya terpaksa mengorbankan masa lapang saya, sentiasa mengawasi diet pemakanan, berjauhan dengan keluarga tersayang dan menangguhkan hasrat menyambung pelajaran, itu adalah antara cabaran yang saya tempuhi sebelum sampai ke tahap ini.
"Saya cukup terhutang budi dengan sokongan pelbagai pihak yang bersama-sama menjadikannya satu realiti seperti hari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, penyertaan Zulfahmi pada perlumbaan peringkat dunia menjadi kebanggaan negara.
"Kita berbangga dapat melihat kegigihan anak muda kita bersaing bersama pelumba handalan dunia di peringkat global.
"Ini membuktikan anak Malaysia, mampu mencapai apa jua matlamat jika kita memberi tumpuan untuk mencapainya.
''AirAsia sentiasa menyokong dan merealisasikan cita-cita dan impian atlet tempatan," katanya.
faizul_11
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Fuhh...RS .. tahniah zulfahmi... dapat main full GP musum ni..
MrProfessor
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
tahniah amy! huhuhu! duta OLD SBK tu geng!
gambor pn blatar belakang kan GPz1100...huhuhu! hebat!
aku btol2 bangga dgn bdk ni...
dia bkn mbawa impian dia sorg diri! tp mbawa impian kite smua sbagai pminat & pcinta dunia motosikal....
jd same2 la kite mdoakan kjayaan amy...
harap smoga dia bjaya dgn cemerlang serta mdapat kdudukan yg terbaik dlm 125GP...amin...
#dharap OLD SBK dpt la eskot duta kite ni kpergian nye ke milan..eskot sampai KLIA pn jadi la....huhuhu!

semoga anak didik bapak ni berjaya disana nanti amin..... sebelah dia pakai tali leher tu macam aziz m osman je..
zulvoyager- Age : 53
Location : port klang
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
[/quote]
hmm...agak2 badan mcm aku ni blh ke jd raider WSBK? huhuhu!
ape pn aku mmg kagum dgn amy,sbb snggup bkorban tinggal kan dunia remaja dia utk mngejar cita2...
gi sorg2 je tu ke italy bro...
aku doakan smoga dia dpt myesuai diri dperantauan tmpat org,smoga tabah & cekal mhadapi sgala yg mdatang..serta dpermudahkan sgala urusan...smoga mjd insan yg terbilang...amin..
"pegi dulu..halalkan makan minum...lau salah silap maaf ye..doakan kjayaan kite kat sane ye...jumpe lg..bye...:-)"ni la sms terakhir amy kat aku,masa dia kat dubai....huhuhu!

aku tengok muka ko sedih aje randy... tak dapat ikut takpa....nanti kita pegi itu italyyy ramai2 dengan geng old dalam mimpi hehehe....
zulvoyager- Age : 53
Location : port klang
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
aku bkn sedih...tp terharu & kagum....
umpama kan diri aku berada di situasi dia...berat t'jwp & amanah yg dpikul sorg diri dperantauan sana....huhuhu!
umpama kan diri aku berada di situasi dia...berat t'jwp & amanah yg dpikul sorg diri dperantauan sana....huhuhu!
randygpz old sbk
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
huh! hebat...hebat...hr ni paper Utusan kuar la gambo aku dgn amy,yuzy! huhuhu! jgn jeles....huhuhu!
randygpz old sbk
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
aku pun ada jugak la.. hehehe.. gambar tu, aku rasa abol yang ambik.
faizul_11
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Paper Utusan malaysia 30/01/2010
faizul_11
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Sengih korang ye.... tahniah le amy... nk g italy x dapek la.. tp tgk ko race kt sepang nnt la ... InsyaAllah .... dahsyat bdk2 OldSbk ni ...main moto GP tu.... Nasib baik dah takde kategori 250cc ...kalau takbawak le KR250 tua aku tu... tu pon replica Grand Prix jugak tau jaman dulu dulu punye.....
MrProfessor
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
faizul_fzr wrote:Paper Utusan malaysia 30/01/2010
huhuhu! hebat...hebat...
randygpz old sbk
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
tahniah la.. moga mendapat kejayaan....
dad
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
tumpang gembira... bawak moto laju2 yer zulfahmi..he he biar dapat no1.
zull- Age : 42
Location : selangor
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Takde apa2 perkembangan terbaru ke pasal amy ni ?
MrProfessor
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Semoga Allah memberi kejayaan kepada zulfahmi....amin......................
ZX7R
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
MrProfessor wrote:Takde apa2 perkembangan terbaru ke pasal amy ni ?
mgkin dier tk smpt nk online tuh..sibuk training..aper pon doa yg terbaik buat amy..
shukri- Location : subang
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Tak sabar nak tunggu amy beraksi di kancah motogp.
buktikan pada dunia anak MALAYSIA leh berjaya & memberikan saingan
buktikan pada dunia anak MALAYSIA leh berjaya & memberikan saingan
ZX7R
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
hari Ahad 28 Feb 2010, emi pegi Valencia. test motor. dari pegi hari tu, skg baru boleh test motor sebenar..
faizul_11
Re: ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
Ade gak nama org malaysia kt tepi kontena tu yek ...
MrProfessor
Page 1 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
Similar topics
» ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
» Suzuki GP125 untuk dijual
» MAKAN MALAM BERSAMA PELUMBA NEGARA GP125 TEAM AIR ASIA
» RAYA BERSAMA ZULFAHMI - PELANCARAN TSHIRT MOTOGP 2012
» PROGRAM BERBUKA PUASA OLDSUPERBIKE OWNERS BERSAMA PELUMBA MOTO3 ZULFAHMI KHAIRUDDIN

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|