OLD SUPERBIKE OWNER ( 82 - 92 )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam

2 posters

Go down

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam Empty Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam

Post by lukmanw Mon May 20, 2013 8:11 pm

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam Photo-272-freddie-spencer-1985-L-eUpIx2

Fast Freddie (Freddie Spencer) dikenang sebagai Pelumba Grand Prix yang pernah memenangi 2 gelaran serentak pada World GP 1985 dgn menjuarai kelas 500 cc dan 250 cc.

Freddie memulakan karier dlm GP500 pada tahun 1980 dgn Yamaha. Kemudian beraleh ke Honda (1981 – 1987). Kembali semula ke Yamaha 1989 dan 1993. Kesemuannya dalam kelas GP500 cuma pada tahun 1985, beliau turut menyertai kelas GP250.

Freedie pernah berlumba di trek Batu 3, Shah Alam pada tahun 1993.

Trek Batu 3 Shah Alam (1968 – 2003) ini juga menyaksikan beberapa pelumba motosikal tempatan seperti Chow Kit Chong (Mok jadi mekanik dia), Fabian Looi, Tay Seng Kooi, Cletus Antony (@ Eddie Haslam Abdullah), Indran Lee dan banyak lagi.

Pada tahun 1991 – 1997, Perlumbaan motosikal World GP diadakan di sini.

Pelumba Malaysia yang disebut di atas adalah professional tapi ada juga pelumba persendirian. Antara Raymond (Group Dayabumi) pernah berlumba menggunakan GS1000 nya di awal tahun 90an.

Bagaimanapun pelumba yang menarik perhatian ialah Sukirman Tajudin. Walaupun ada yang mengatakan beliau warganegara Indonesia, ada juga yang beritahu saya beliau adalah anak Jawa tempatan yang kalau tak salah saya sama ada dia tinggal di Kelang atau Banting. Uniknya Sukirman ialah walaupun agak berumur pada penghujung 80an itu beliau menyertai 2 acara sekali gus iaitu superbike dan kereta!

Saya cuba mencari gambar beliau (ataupun gambar motor dan kereta beliau) jika ada dalam koleksi saya.

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam MAS+Shah+Alam+3693m

* Mungkin juga saya silap fasal Sukirman ini, mgkn org lain sebenarnya Anak Jawa Tempatan yang berlumba dalam 2 kategori Superbike dan Kereta tersebut. Jika ada yang mengetahui minta buat pembetulan.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam Empty Re: Anak Jawa hebat di Batu Tiga, Shah Alam

Post by kawa_zephyr_750 Tue May 21, 2013 3:15 am

Litar yang sekarang hanya tinggal nama, syarikat Lebar Daun dah bangunkan kawasan litar ni jadi perumahan D'Kayangan
kawa_zephyr_750
kawa_zephyr_750

Age : 44
Location : Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor.

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum