OLD SUPERBIKE OWNER ( 82 - 92 )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

+17
kawa_zephyr_750
atan7800
AtanFZi
novice_blok
wakaka
nan_gpz11
akumatmoto
Albab
Mavrix
manggo
jagindas
zulvoyager
PEREPAT JATI
MrProfessor
randygpz old sbk
katanaf4775
faizul_11
21 posters

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by faizul_11 Mon Jul 01, 2013 10:28 am

http://www.hmetro.com.my/articles/Berlatihhinggaketagih/Article/

Oleh Siti Zarinah Sahib

Siapa sangka kanak-kanak yang dulunya menjual surat khabar di tepi jalan dengan bayaran RM5 setiap dua jam seawal usia 13 tahun dan pernah bekerja sambilan di kedai cat kereta dan makanan segera sehingga berusia 17 tahun, kini muncul sebagai pelumba yang bukan saja dikenali di Malaysia malah di Eropah.

Malah kerana minat yang begitu mendalam dalam sukan permotoran menyebabkan pemilik nama sebenar Muhammad Zulfahmi Khairuddin, 22, mencuba nasib dalam pemilihan Cub Prix ketika berusia 13 tahun menerusi pasukan Aprillia Junior GP. Seterusnya semasa berumur 17 tahun dia mendapat tawaran daripada Modenas untuk berlumba di Cub prix dan sudah semestinya ia peluang yang sangat baik bagi meneruskan cita-cita sebagai pelumba motosikal terkenal dunia.

Langkahnya tidak terhenti di situ, apabila dia mula mencuba menerusi program Wildcard MotoGP Malaysia yang dianjurkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2009 dan terus mengikuti secara sepenuh masa pada 2010 hingga sekarang.

Paling mengagumkan anak sulung daripada empat beradik ini muncul di antara pelumba Moto3 yang mendominasi saingan, kejayaan yang diperoleh remaja ini bersama pasukan AirAsia-Sic-Ajo bukanlah satu perkara mudah untuk dikecapinya. Apatah lagi pada usia yang masih muda dia terpaksa meninggalkan Malaysia dan menetap di luar negara tanpa ditemani keluarga.


Menurut Zulfahmi terpaksa mendalami ilmu sukan pemotoran selama tiga bulan di Itali, itulah kali pertama dia berpisah dengan keluarga dalam tempoh yang lama.


"Saya dihantar ke Itali bersendirian dan terpaksa melaluinya dalam tempoh tiga bulan. Di sana tiada orang yang berbahasa Inggeris. Kawan-kawan saya pula di kalangan orang Eropah. Memang saya rasa sangat susah. Lebih-lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Namun apabila difikirkan itu semua tidak menjadi masalah kerana inilah harga yang perlu dibayar demi memastikan cita-cita saya tercapai," katanya yang hanya dibekalkan duit poket sebanyak RM812 sebulan atau 200 euro.

Menurut Zulfahmi tinggal berdekatan dengan tempat latihan dan bengkel menjadikan rutin harian banyak dihabiskan di litar. Boleh dikatakan setiap hari dia menjalani latihan sehingga ketagih.

"Setiap pagi paling minimum saya berlatih selama dua jam. Tengahari pula minimum tiga jam. Saya juga banyak menghabiskan masa di bengkel dengan mekanik dan jurulatih saya. Jika tiada latihan saya gemar mencipta barang-barang atau mengubahsuai motosikal. Jika tidak saya suka mengikuti aktiviti berbasikal atau lumba motosikal lasak (motorcross)," katanya.

Mendedahkan kisah hidupnya, Zulfahmi mengakui meminati sukan permotoran sejak berusia tujuh tahun ketika menonton perlumbaan motoGP menerusi televisyen. Sejak itulah dia sudah menanam azam menjadi pelumba motosikal suatu hari nanti. Baginya pelumba motor lebih versatil dan bergaya dengan pergerakan badan ketika berlumba berbeza dengan pelumba kereta yang hanya statik saja.

"Apabila menonton perlumbaan saya berasa sangat seronok terutama melihat idola saya Valentino Rossi - Pelumba MotoGP bersaing di litar. Saya berangan-angan menjadi seperti dirinya suatu hari nanti," katanya.

Melihat tubuhnya yang kecil tidak sepadan semangatnya yang kental membara walaupun pernah mengalami kemalangan ketika perlumbaan di sebahagian litar dunia tetapi ia tidak mematahkan semangat Zulfahmi untuk terus berlumba. Malah kecederaan yang tidak serius membuatkan dia masih mampu meneruskan perlumbaan seterusnya.

"Memang saya pernah jatuh, tetapi kemalangan di litar adalah sesuatu yang normal. Sebenarnya kalau diikutkan, sekiranya seseorang pelumba itu mengalami kemalangan dia sepatutnya perlu terus keluar dari litar. Tetapi pada ketika itu, disebabkan pelumba itu tidak keluar dari trek ini menyebabkan dia dilanggar pelumba lain," katanya.

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dan ditawarkan melanjutkan pelajaran di Politeknik Shah Alam namun Zulfahmi terpaksa memilih antara dua sama ada Itali atau menyambung pelajaran di Malaysia. Dia memilih Itali kerana baginya peluang datang hanya sekali dan dia tidak mahu melepaskannya.

Namun minat menyambung pelajaran dalam bidang automatif dan reka cipta sentiasa ada. Tambah pula apabila melihat rakan-rakan mempunyai ijazah dalam bidang masing-masing.

"Saya bersyukur sekurang-kurangnya dengan memilih jalan hidup sebagai pelumba saya menjadi lebih matang dan mempunyai banyak pengalaman yang dapat digunakan dalam melayari kehidupan pada masa akan datang. Malah saya bayangkan piala-piala itu juga sebagai ijazah apabila melihatnya," katanya yang berasal dari Banting Selangor sambil tersenyum.

Ujar Zulfahmi, selain mengharumkan nama negara dia juga ingin membantu keluarga terutama ayah yang bekerja sebagai juruteknik. Bagi mencapai cita-cita ini dia perlu sentiasa memberikan yang terbaik dan fokus dalam latihan mahupun perlumbaan. Untuk menjadi pelumba berjaya seseorang itu harus bijak menghadapi cabaran selain mengekalkan tahap disiplin di peringkat paling tinggi.

"Tipu sekiranya saya katakan tidak tertekan namun sebagai pelumba saya harus bijak mengawalnya dan 'enjoy' dengan tekanan yang saya hadapi. Ini kerana jika asyik memikirkannya saya tidak dapat memberikan tumpuan. Sokongan dan harapan semua pihak dapat meningkatkan lagi semangat saya untuk mencapai kejayaan," jelasnya memberitahu dia menggemari litar Sepang yang menyimpan banyak kenangan manis dan Valencia kerana mencipta kejayaan di sana.

Sebagai pelumba Zulfahmi mengakui dia perlu menjaga kesihatan terutama memastikan mengambil makanan berkhasiat dan banyak minum air kosong. Di Barcelona memang mudah mendapatkan makanan sihat kerana pelumba lain juga turut mengikut jadual makanan ditetapkan.

Apa yang penting adalah pengambilan sarapan dengan tiga biji telur separuh masak, tengah hari nasi dan malam dengan daging atau ayam saja. Pada hujung minggu saja dia hanya dibenarkan mengambil apa saja makanan.

"Mujur saya bukanlah jenis kuat makan dan agak memilih makanan. Saya tidak ambil hidangan berminyak dan bergoreng seperti nasi lemak dan roti canai. Ini kerana jika saya makan ketika berlumba akan terasa kesannya," katanya yang nampak saja pendiam tetapi sebenarnya seorang yang kelakar dan periang.

Pada masa hadapan Zulfahmi berharap dia dapat memperbaiki kedudukan dan ingin mengikuti Class Moto2 dan MotoGP dalam masa tertentu. Paling penting dia ingin memiliki pasukan sendiri agar dapat mengukuhkan nama dalam bidang permotoran sama ada di Malaysia mahupun luar negara.


Trivia
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by nan_gpz11 Mon Jul 01, 2013 11:59 am

Pengarang reka sendiri cerita ke...huhu2..
nan_gpz11
nan_gpz11
Admin


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by AtanFZi Mon Jul 01, 2013 2:30 pm

huhuhuhuhuhu.....Question 

AtanFZi

Age : 43
Location : dengkil

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by AmyZaydee Mon Jul 01, 2013 4:38 pm

nan_gpz11 wrote:Pengarang reka sendiri cerita ke...huhu2..

Shocked Shocked Shocked  tak betul ek nan...
AmyZaydee
AmyZaydee

Location : Alor Setar

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by faizul_11 Mon Jul 01, 2013 6:57 pm

hahaha...
skrip dengan kisah nya pun dah salah. artikel yang membosankan. ala2 filem arahan hassan mutalib.

bila masa dia jual surat khabar?
bila masa Modenas ambik dia?
umur 13 tahun masuk Aprillia cup?

asal jadi duit itu surat khabar sudah la..
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by zaydeeak Tue Jul 02, 2013 7:26 am

faizul_11 wrote:hahaha...
skrip dengan kisah nya pun dah salah. artikel yang membosankan. ala2 filem arahan hassan mutalib.

bila masa dia jual surat khabar?
bila masa Modenas ambik dia?
umur 13 tahun masuk Aprillia cup?

asal jadi duit itu surat khabar sudah la..

Hahaha ..... Hassan Mutalib lagi ..... wakakaka
zaydeeak
zaydeeak

Age : 53
Location : Alor Setar, Kedah

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by manpanjang Tue Jul 02, 2013 5:39 pm

sahib ngan mutalib kan dah dekat2 bunyi nyer...hahahaha...
manpanjang
manpanjang


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by lukmanw Tue Jul 02, 2013 6:54 pm

Ada tengok Thestar sabtu lepas? Ada gambar helmet dia yang terkopak! Nasib tak baik tak jadi apa-apa kat dia. Semoga lebih berjaya dan lebih selamat selepas ini.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by nan_gpz11 Wed Jul 03, 2013 3:15 am

Huhu2..hari jumaat saya dah cemas..fahmi jatoh...,pasal masuk wad..,hari tu byk ride jatoh..dlm sesi kelayakkan..pasal trek basah sebab hujan.,helmet yang fahmi pakai pecah..belakang,tapi helmet motogp lain dari yang kita guna,ciri2 keselamatan lebih ketat..selepas guna..helmet akan di check oleh shoie...fahmi ada bagi saya sebiji...jatoh dah jadi asam garam dlm diri seorang pelumba motosikal yang pasti akan di tempoh..,isnin pagi dah sampai malaysia..,mlm tuu fahmi jumpa saya dia cerita mcmana dia jatoh..syukur sangat..dia ok..,dlm beberapa hari nie..mungkin dia di rawat di MSN,sebelum bertolak ke german..pada hujung minggu nie...sama-sama kita doa semoga fahmi sihat sepanjang musim 2013...aminn...
nan_gpz11
nan_gpz11
Admin


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by lukmanw Wed Jul 03, 2013 4:06 am

Terima kasih makluman Nan.

Helmet pecah atau helmet tercabut semasa kemalangan mmg menakutkan. Semasa accident Marco Simoncelli (SIC) saya dalam kereta perjalanan balik dari JB. Ada penonton MotoGP called saya ingat saya ada di paddock. Sebenarnya sesiapa yg terlibat dlm track bila terdengar kata helmet pecah atau tercabut mmg menakutkan kerana resultnya selalu mati!

Jadi kalau pakai helmet tak ikat tali pengikat sama le seperti tak pakai helmet!
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by nan_gpz11 Wed Jul 03, 2013 4:54 am

Huhu2..hidup dan mati di tangan tuhan...,itu teori org putih...,ajal dah sampai..xbole lari walaupun sesaat..,masa terjadi tu saya kat paddock...air asia..perlumbaan dibatalkan..dlm sejarah malaysia...
nan_gpz11
nan_gpz11
Admin


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by AmyZaydee Wed Jul 03, 2013 3:27 pm

nan_gpz11 wrote:Huhu2..hari jumaat saya dah cemas..fahmi jatoh...,pasal masuk wad..,hari tu byk ride jatoh..dlm sesi kelayakkan..pasal trek basah sebab hujan.,helmet yang fahmi pakai pecah..belakang,tapi helmet motogp lain dari yang kita guna,ciri2 keselamatan lebih ketat..selepas guna..helmet akan di check oleh shoie...fahmi ada bagi saya sebiji...jatoh dah jadi asam garam dlm diri seorang pelumba motosikal yang pasti akan di tempoh..,isnin pagi dah sampai malaysia..,mlm tuu fahmi jumpa saya dia cerita mcmana dia jatoh..syukur sangat..dia ok..,dlm beberapa hari nie..mungkin dia di rawat di MSN,sebelum bertolak ke german..pada hujung minggu nie...sama-sama kita doa semoga fahmi sihat sepanjang musim 2013...aminn...

Alhamdulillah syukur Fahmi selamat...kita doakkan dia selamat sepanjang perlumbaan yang akan dtg...aamiin
AmyZaydee
AmyZaydee

Location : Alor Setar

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by faizul_11 Thu Jul 04, 2013 6:37 am

dah boleh bawak GPZ1100. ok lah tu.
ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Hm35
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by atan7800 Thu Jul 04, 2013 2:39 pm

amin,
atan7800
atan7800

Age : 39
Location : banting

Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by MrProfessor Fri Sep 06, 2013 12:04 pm

Prestasi fahmi agak hambar musim ni .. media pun ade yg ade yg bg komen positif dan ade jugak yg bagi komen negative ... resam manusia mmg mcm tu .. bila menang @ ade kejayaan dilambung2 bagai .. bila prestasi turun sikit dah ramai yg melatah .. forum lain dh macam2 komen keluar ...hu..hu..sabo aje la fahmi ....sebagai peminat sy tetap menyokong ...sebab fahmi adalah rakyat Malaysia pertama berada atas podium mmotoGP

Any update pasal fahmi Faizul?

MrProfessor


Back to top Go down

ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN  MOTO3, KTM FACTORY - Page 4 Empty Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 4 Previous  1, 2, 3, 4

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum