ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
+17
kawa_zephyr_750
atan7800
AtanFZi
novice_blok
wakaka
nan_gpz11
akumatmoto
Albab
Mavrix
manggo
jagindas
zulvoyager
PEREPAT JATI
MrProfessor
randygpz old sbk
katanaf4775
faizul_11
21 posters
Page 3 of 4
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Fahmi akan start petak 5 harini .. good luck
MrProfessor
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Sayangnye la ... moto plak buat hal .. sabo je la fahmi ...
MrProfessor
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Hehe2..xada rezeki..daripada hari sabtu moto meragam....itu la dia perjuangan,kena terima dgn hati yang tenang bukannya mudah..dlm perlumbaan bertaraf dunia,sepanjang perlumbaan full trottle!!..pasal suma laju2 belaka,kalau moto kita dah putus 2,silap sikit,org potong dari dlm..haha2..tinggal 1 pusingan di valensia...
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Gear box problem.. fahmi tulis kat FB..
xpe, balik nanti sup gear box menanti..
xpe, balik nanti sup gear box menanti..
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
tahniah juga saya ucapkan... buat zulfahmi...
atan7800- Age : 39
Location : banting
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Gear box moto3 xmacam kita punya..tarik cluch masuk gear...moto3 ketika kita pulas minyak sekali gus kena masuk gear terus...utk motosikal kita mungkin agak susah..nk buat kemungkinan besar gear box musnah sama sekali..haha2..
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
oh yer ker abg nan...
atan7800- Age : 39
Location : banting
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
salam, pekabar semua...
atan7800- Age : 39
Location : banting
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
waaa itu mcm kaa kalau moto jepon wat camtu mau pecah gigi gearnya hehe
zulvoyager- Age : 53
Location : port klang
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
gigi , gigi ni sensitif sikit huhuhu..!
katanaf4775- Age : 50
Location : port klang
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
sungguh mendebarkan moto3 di valancia..sebentar tadi..berkat doa rakyat malaysia..podium ke 2 utk fahmi dan negara..tahniah!!!..semua,..Ayam madu...huhu2..
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
muka depan Utusan Malaysia hari ni..
Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my
Zulfahmi Khairuddin di atas podium setelah menduduki tempat ketiga pada GP Valencia di Sepanyol, semalam. - AGENSI
KUALA LUMPUR - Litar Valencia membawa tuah buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin apabila dia mencatat keputusan podium kedua dalam kariernya pada perlumbaan penutup tirai Moto3 musim 2012 di Grand Prix (GP) Valencia, Sepanyol, semalam.
Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 45 minit 06.005 saat, di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo, Danny Kent dan Sandro Cortese.
Kent, pelumba kelahiran Britain muncul juara pada perlumbaan tersebut dengan catatan masa terpantas 4:05.891s.
Juara dunia Moto3, Cortese dari Jerman yang diberi tentangan sengit oleh rakan sepasukannya itu melakar 45:05.947s di tangga kedua.
Zulfahmi yang bermula di petak ke-17, berjaya melonjak ke kedudukan kelapan pada awal saingan dan terus konsisten untuk berada di kelompok 10 terbaik pada perlumbaan 24 pusingan itu.
Prestasi seimbang yang dipamerkan anak muda berusia 21 tahun itu sepanjang perlumbaan menyaksikan dia terus memberi tentangan sengit sehinggalah saingan berbaki lima pusingan, Zulfahmi memecut jenteranya daripada tempat kelapan, mendaki satu demi satu anak tangga untuk berada dalam kelompok lima terbaik.
Pada pusingan terakhir, pelumba Air Asia SIC Ajo itu yang mengekori rapat penunggang RW Racing GP, Brad Binder kemudiannya memintas menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk catatan podium kedua selepas muncul naib juara di GP Malaysia 21 Oktober lalu.
Zulfahmi ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melahirkan rasa tidak percaya dengan keputusan podium yang dicatatnya pada saingan, semalam.
“Sukar untuk saya percaya keputusan podium yang saya catat. Litar agak basah dan licin, tetapi pada pertengahan perlumbaan saya ambil risiko untuk memberikan saingan kepada pelumba lain walaupun banyak insiden kemalangan yang berlaku.
“Saya gembira dapat menaiki podium buat kali kedua tahun ini, setelah saya bermula di petak ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga, ini keputusan yang cukup hebat," katanya yang menamatkan saingan musim ini di tangga ketujuh keseluruhan setelah mengumpul 128 mata.
Menurut Zulfahmi, ketika saingan berlangsung dia tidak sabar untuk menamatkan perlumbaan dan masih sukar untuk menerima keputusan yang dicatatnya.
“Saya memang benar-benar sukar hendak percaya keputusan hari ini (semalam), saya tidak sabar untuk berlumba pada kejuaraan dunia tahun depan.
“Terima kasih kepada pasukan saya, penaja KTM dan semua orang yang selama ini memberikan sokongan kepada saya. Tahun depan, saingan bakal menjadi lebih kompetitif dan saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, begitu juga dengan jentera," ujarnya.
Sementara itu, Zulfahmi turut melahirkan rasa gembiranya setelah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dipilih Dorna (pemegang hak penganjuran MotoGP) untuk menerima anugerah Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20121112/su_02/Podium-kedua-buat-Zulfahmi-di-Valencia#ixzz2BxheF7eT
© Utusan Melayu (M) Bhd
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Bangga rasanya tengok anak Malaysia kelahiran Banting naik podium di tempat orang dan GP Malaysia menerima anugerah 'Best Grand Prix 2012' Zulfahmi yang terima anugerah tu untuk wakil SIC untuk video klik pautan ini
https://www.youtube.com/watch?v=g_dXvCRoz8o&list=UU8pYaQzbBBXg9GIOHRvTmDQ&index=2&feature=plcp
https://www.youtube.com/watch?v=g_dXvCRoz8o&list=UU8pYaQzbBBXg9GIOHRvTmDQ&index=2&feature=plcp
kawa_zephyr_750- Age : 44
Location : Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor.
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Tunggu dia balik dari valancia..sama2 kita meraikan kejayaan beliau...haha2..
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
nan_gpz11 wrote:Tunggu dia balik dari valancia..sama2 kita meraikan kejayaan beliau...haha2..
tunggu?? hahaha..
3am KLIA2 13/11/2012.. mari mari mari.. hahaha..
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
tunggu bapak buat jamuan kejayaan anak buahnyer ni....
zulvoyager- Age : 53
Location : port klang
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
zulvoyager wrote:tunggu bapak buat jamuan kejayaan anak buahnyer ni....
jamuan?? huhuhu.. ingat sikit punya duit mau buat jamuan? sate 500 cucuk pun x cukup.. kali ini sebagai peminat, kita buat jamuan untuk fahmi pulak.. amacam?? tapi x tahu la bila mau buat. hujung tahun pun ok jugak. majlis penutup aktiviti Old Superbike Owner 2012.
antara menu dicadangkan.
1) ayam panggang madu - 15 ekor
2) sate - 500 cucuk
3) ketupat
4) lontong
5) buah-buahan
sape mau sponsor sikit2, boleh msg aku.. sikit2 kalau ramai2 ayam madu 50 ekor pun xda hal.. huhuhu..
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Tunggu la reda sikit..skrg tgh panas...dah sejuk kita buat..kecil-kecil la..janji meriah...
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
nan_gpz11 wrote:Tunggu la reda sikit..skrg tgh panas...dah sejuk kita buat..kecil-kecil la..janji meriah...
hujung bulan 12 pun boleh la..
tadi sudah masuk TV la.. huhuhu.. tapi x sempat tengok.. belum balik rumah. ada ulangan ka?? huhuhu..
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
Ada la..nanti berita tamil..11.30pm..hehe2..
nan_gpz11- Admin
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
tamil pun tamil laaa.. huhuhu..
faizul_11
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
ye ye ! tunggu buat jamuan..hihihii...
katanaf4775- Age : 50
Location : port klang
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
syouk tul tgk 9 lap terakhir moto3 valencia.. :-)
MrProfessor
Re: ZULFAHMI KHAIRUDIN (ANAK BUAH NAN) IN MOTO3, KTM FACTORY
wahhh.. tahun depan KTM sudah pakai 2 ekzos. lagi power kot.. vinalez pun sudah bawak KTM factory.. juara lagi la KTM tahun depan.. huhuhu..
faizul_11
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» ZULFAHMI (ANAK BUAH NAN_GPZ) IN GP125 WORLD CHAMPIONSHIP
» PROGRAM BERBUKA PUASA OLDSUPERBIKE OWNERS BERSAMA PELUMBA MOTO3 ZULFAHMI KHAIRUDDIN
» RAYA BERSAMA ZULFAHMI - PELANCARAN TSHIRT MOTOGP 2012
» PROGRAM BERBUKA PUASA OSO BERSAMA PELUMBA NEGARA ZULFAHMI KHAIRUDDIN DI SERI MALAYSIA BGN LALANG PADA 27/7/2013
» Bapak borek anak rintek .....

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|