KL BIKE WEEK 2012
5 posters
KL BIKE WEEK 2012
KL Bike Week kembali
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Acara permotoran terbesar, KL Bike Week 2012 bakal menggegarkan ibu kota buat kali ke-5 di kawasan letak kereta di Jalan Pinang pada 21 dan 22 Disember ini.
Pada tahun ini, acara anjuran Red Garage itu memilih kawasan baru (Jalan Pinang) untuk memastikan lebih banyak penglibatan pelbagai kelab permotoran tempatan, jenis dan jenama motosikal daripada yang berkuasa tinggi hingga ke kapcai.
KL Bike Week 2012 kali ini menjanjikan lebih banyak aktiviti yang disediakan bukan sahaja untuk pemilik atau peminat motosikal malahan untuk pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang.
Acara itu juga dijangka disertai pemilik motosikal dari Thailand, Indonesia, Brunei, Australia dan Amerika Syarikat.
Pengasasnya, Muhd. Idi Iskandar Abu Zahar berkata, penganjuran KL Bike Week 2012 kali ini bakal menampilkan pelbagai kelainan dari segi aktiviti dan beberapa program baru turut diperkenalkan.
"Antaranya seperti acara Lady Bikers Best Dress, pertandingan motor tercantik mengikut kategori seperti Best American Pro Street, Best American Chopper, Best Japanese Custom Bike, Best Local Custom Bike, Best Classic Bike Custom, Best Custom Superbike, Best Custom Baggers serta dua kategori baru iaitu Best Cafe Racer dan Best Classic Bike Restore.
"Pihak penganjur juga akan menganjurkan beberapa pertandingan baru seperti Jokers Charity Bingo Run, Bikers Kental of The Year, Bikers Kental Of The Day, Independent Slow Ride, Lady Bikers Slow Ride dan banyak lagi dengan kerjasama beberapa kelab motosikal tempatan seperti Jokers MC, Violent Storm MG, Independent MC dan Lady Bikers," katanya dalam sidang akhbar penganjuran KL Bike Week 2012 di sini.
Yang turut hadir ialah wakil Naza, Amir Abu Bakar, wakil Monavie Leroy Network, Mimi Jailani, wakil SMS Autoworld Dzulkeflee dan selebriti tempatan seperti Dira, Pekin Ibrahim dan Rashide Ishak.
Tahun lalu, acara permotoran terbesar itu diadakan di kawasan letak kereta Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang dan dikunjungi lebih 20,000 pemilik motosikal pelbagai jenis dan jenama.
Muhd. Idi Iskandar berkata, antara yang menarik bagi KL Bike Week tahun ini ialah penampilan umum oleh Moto Guzzi (jenama motosikal terkenal dari Itali), penampilan khas pelumba tempatan tersohor Moto GP, Zulfahmi Khairuddin dan acara kutipan derma untuk Tabung Kecemasan Gaza dari penunggang motosikal dan akan disalurkan terus ke Yayasan Perdana Global Peace Foundation yang dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Selain acara itu, acara seperti Hot Rod dan Muscle Car Show (pameran kereta vintaj dari Amerika), Naza Factory Outlet Sales (jualan murah bagi produk Naza World Sdn. Bhd. seperti Harley Davidson, Ducati, Aprilia, Vespa, Indian Motorcycles dan Piaggio), pertandingan fotografi, pertandingan hasil seni cat terbaik, gerai jualan yang berjumlah 100 unit dan persembahan pemuzik tempatan seperti Koffin Kanser, Gerhana Ska Cinta, Dead Mushroom dan banyak lagi pastinya menarik lebih ramai pengunjung pada tahun ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121219/wk_07/KL-Bike-Week-kembali#ixzz2FePC3erF
© Utusan Melayu (M) Bhd
JOM... esok pegi..
faizul_11
Re: KL BIKE WEEK 2012
belanja gambar je..
shuk.. ko jual motor ni, mesti jadi bahan lagi..
shuk.. ko jual motor ni, mesti jadi bahan lagi..
Last edited by faizul_11 on Sat Dec 22, 2012 10:35 am; edited 1 time in total
faizul_11
Re: KL BIKE WEEK 2012
apa nak takut dengan plet number? tak payah tutup2.. bukannya artis atau artis pun..
GS550 cafe racer
kenal??
GS550 cafe racer
kenal??
faizul_11
Re: KL BIKE WEEK 2012
Old Bike
Yamaha YZF1000 Thunderace..
Honda CB750f2 - tahun 78
yang ni aku x tahu spesis apa. cikgu aku ajar sampai motor Jepun je kat kelas. tak sampai ke europe lagi, kapal dah karam..
Yamaha YZF1000 Thunderace..
Honda CB750f2 - tahun 78
yang ni aku x tahu spesis apa. cikgu aku ajar sampai motor Jepun je kat kelas. tak sampai ke europe lagi, kapal dah karam..
faizul_11
Re: KL BIKE WEEK 2012
tahniah.. lepas ni kena banyakkan masuk pertandingan.. hidup katana..
ehh.. hid up suzuki..
ehh.. hid up suzuki..
faizul_11
Re: KL BIKE WEEK 2012
tutup number plet?? ha` siapa lah tu...faizul_11 wrote:apa nak takut dengan plet number? tak payah tutup2.. bukannya artis atau artis pun..
halip- Location : bandar saujana putra 0176350113
Re: KL BIKE WEEK 2012
manpanjang wrote:Menang...
Tahniah abg man...motor hebat silau mata hehehhe...
fazli_zx11
Similar topics
» KL Bike Week
» Gegor Manjung Bike Week 10
» Gegar Manjung Bike Week 2010
» UTeM Retro Bike Show 2009
» P.D Bike Fest
» Gegor Manjung Bike Week 10
» Gegar Manjung Bike Week 2010
» UTeM Retro Bike Show 2009
» P.D Bike Fest
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|