Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

View previous topic View next topic Go down

Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by lukmanw on Sat Aug 17, 2013 5:22 pm



Gambar-gambar lain di sini.

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.

Kursus sehari ini bermula jam 9.00 pagi dengan kelas teori oleh En Sanusi dan berhenti rehat pada pukul 12.30 tengahari. Kelas praktikal petang, En. Sanusi dibantu oleh dua orang instruktor lagi iaitu En. Azizan dan En. Ooi. Kelas praktikal diadakan di Trek Latihan Motosikal Honda bersebelahan premis baru Boon Siew Honda ini.

Silibus kursus asas ini termasuklah asas pemanduan berhemah, asas penyenggaraan motosikal, titik buta (blind spot),  'slow speed control' ataupun 'plank riding' dan emergency braking.

Kursus berakhir jam 5.00 petang dengan penyampaian sijil. Pada masa yang sama En. Sanusi mewakili Boon Siew Honda Safety Riding mempelawa organisasi-organisasi yang mempunyai pekerja yang berulang-alik ke tempat kerja dengan bermotosikal menghantar pekerja mereka berkursus di sini.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi En. Sanusi melalui email; sanusi@bswhonda.com.my. Jadual kursus agak padat sehingga penghujung tahun ini dan boleh dirujuk kelapangan dalam blog berikut; http://boonsiewhondasafetyriding.blogspot.com/ .

Pandangan peribadi saya, kursus sebegini amat berfaedah terutamanya kepada remaja yang mula berjinak dengan motosikal sebagai pilihan utama pengangkutan mereka. Malah kepada mereka yang sudah lama menunggang dan telah memiliki lesen menunggang, kursus sebegini juga bolehlah dianggap sebagai kursus ulang-kaji demi keselamatan mereka semasa menunggang ataupun memahami karektoristik penunggang lain semasa berkongsi jalan raya.

Ribuan terima kasih kepada Boon Siew Honda Safety Riding yang menerima penyertaan kami dalam Kursus Asas Menunggang Selamat Honda pada hari ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by lukmanw on Sat Aug 17, 2013 5:25 pm

Kalau Boon iew Honda Safety Riding guna cub - EX5, kursus oleh persatuan pengedar/penjual motosikal WP & Selangor bulan Sept 2013 di Lembah Kelang akan menggunakan -

Ninja 250 dan Z800 !!!!

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by lukmanw on Mon Aug 19, 2013 6:03 am



Dari blog Honda, link di sini.

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by AmyZaydee on Thu Aug 29, 2013 8:56 pm

terbaik laaa.... awat tak panggil kita org sekali abg lukmanw

AmyZaydee

Location : Alor Setar

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by lukmanw on Fri Aug 30, 2013 3:57 am

AmyZaydee wrote:terbaik laaa.... awat tak panggil kita org sekali abg lukmanw
Kita set hari lain pulak sbb saya nak angkut adik-beradik dan anak-anak jiran yang lain pulak :-)

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by AmyZaydee on Fri Aug 30, 2013 1:40 pm

lukmanw wrote:
AmyZaydee wrote:terbaik laaa.... awat tak panggil kita org sekali abg lukmanw
Kita set hari lain pulak sbb saya nak angkut adik-beradik dan anak-anak jiran yang lain pulak :-)
Jgn lupa dgn kita org ek... TQVM
Very Happy Very Happy Very Happy 

AmyZaydee

Location : Alor Setar

View user profile

Back to top Go down

Re: Aktiviti bermotosikal bersama keluarga

Post by Sponsored content Today at 2:10 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum