Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

View previous topic View next topic Go down

Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Wed May 22, 2013 5:59 pm


Dalam dan luar negara.

Ada banyak lagi dalam kotak setelah ditanggalkan dari dinding/tiang penyangkut. Mana tak tanggal, org rumah bising dah jadi perangkap habuk setelah bertahun gantung!


Last edited by lukmanw on Wed May 22, 2013 6:06 pm; edited 1 time in total

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Wed May 22, 2013 6:03 pm



Hampir semuanya bukan dibeli!

Blog orangkecilorangbesar.blogpspot.com 14 Nov 2012

Koleksi caps (topi) sudah menjangkau ke angka 267!

Antara koleksi kami dua beranak, aku dan anak jantan aku seorang itu ialah caps (topi) terutamanya caps-caps motorsport. Semalam kami menghitung semua caps-caps yang ada dalam koleksi kami.

Tergantung di dinding ada 36 biji. Dalam 5 kotak A3 dan 2 kotak A4 ada 231 biji tak termasuk beberapa biji lagi di dalam kereta dan dalam pejabat.

Fakta menarik lagi ialah hampir kesemuanya (kecuali beberapa biji!) adalah cenderahati yang tidak dibeli!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Wed May 22, 2013 6:05 pm



Blog orangkecilorangbesar.blogspot.com 31 Mac 2008

Rakyat Negeri Perak yang aktif

Tahun-tahun lepas aku sentiasa dapat anugerah dari kerajaan negeri kerana pengelibatan aku sebagai penganjur dan pengelola acara-acara sukan bermotor, eco-challenge, kebudayaan dan sebagainya di dalam negeri Perak. Hampir 20 tahun aku bergiat dalam aktiviti-aktiviti luar, bukan sahaja di dalam negeri Perak dan di Malaysia malah melepasi sempadan negara-negara Asia. Antaranya (di Perak sahaja) ialah;

*Petronas Sprinta AAM Cub Prix Championship (Taiping/Ipoh)
*National Geographic Action Asia Eco-challenge (Bukit Merah)
*International Japan Enduro (Grik/Belum/Lasah/Cameron)
*World Vintage Car Rally, London-Sydney Marathon (Sumpitan/Ipoh)
*4x4 Asia Offroad Rally (Belum)
*Tarmac Rally (Taiping/Bukit Merah)
*Down Memory Lane (Taiping)
*Hari Bandaraya Ipoh
*Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah, dan banyak lagi.

Biasanya cenderahati disampaikan oleh MB parti BN. Adakah tahun ini aku akan dapat cenderahati dari MB parti PAS?

Teringat makan Nasi Kerabu di rumah MB Kelantan masa Cub Prix di Kota Bahru tahun lepas. Semua pelumba dan urusetia dijemput makan malam di rumah MB. Malah boss-boss promoter/penaja/penganjur (termasuk bukan Islam) dijemput ke surau untuk mendengar tazkirah Tok Guru selepas sholat Magrib.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by AmyZaydee on Fri May 24, 2013 4:35 am

best tuuu

AmyZaydee

Location : Alor Setar

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by nan_gpz11 on Fri May 24, 2013 5:37 am

Kena simpan tuu..mungkin bole dibuku kan buat kenangan...peribadi..haha2

nan_gpz11
Admin


View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Fri May 24, 2013 10:56 am

Retro event di Morib ini jangan lupa simpan ID Tag sama ada penganjur, urusetia dan juga peserta.

Artikel di bawa utk dikongsi bersama -

Blog OSH The Journey 22 Mei 2013



Manfaatkan teknologi – ID Tag Seminar tahunan OSH UniMAP

Hari ini untuk sekian-sekian kalinya saya hadir di UniMAP. Kali ini saya hadir sebagai penceramah Seminar Tahunan OSH UniMAP. Terima kasih saya kepada UniMAP amnya dan Unit KKP UniMAP khususnya yang masih berterusan setiap tahun menjemput saya. Sedikit terkilan kali ini kerana saya tidak dapat bersama-sama untuk kedua-dua hari seminar tahunan OSH UniMAP ini kerana pada masa yang sama terlibat dengan pengajaran kursus OSH di Penjara Koreksional Pauh. Mujurlah kedua-dua tempat ini agak berdekatan, jika tidak terpaksa saya memlih antara satu.

Posting kali ini saya tidak berhasrat untuk menyentuh mana-mana topik atau tajuk-tajuk yang dibentangkan dalam seminar. Saya ingin menyentuh idea baru bagaimana nota-nota pembentangan diedarkan kepada semua peserta.

Kebanyakan penganjur sekarang ini memilih cara tanpa kertas (paperless) untuk mengedarkan nota-nota pembentangan kepada peserta. Biasanya ia diedarkan secara softcopy melalui CD atau Thumbdrive.

Urusetia Seminar OSH UniMAP mengedarkan nota-nota pembentangan seminar mereka hari ini melalui storan 4G yang terdapat pada kad ID peserta dan juga pembentang. Maknanya ID tag peserta dimanfaatkan untuk disekalikan sebagai storan softcopy nota-nota pembentangan
.
Saya tahu ramai peserta yang mempunyai kegemaran menyimpan tag-tag ID kursus yang disertai. Malah saya juga membuat koleksi tag-tad ID acara motorsport yang disertai. Itupun ada banyak lagi tag-tag ID entah di mana saya menyimpannya malah mungkin telah dibuang.

Sekurang-kurangnya saya dan peserta lain seminar tahunan OSH UniMAP ini mempunyai alasan untuk menyimpan tag ID seminar kai ini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Fri May 24, 2013 11:00 am

lukmanw wrote:
Teringat makan Nasi Kerabu di rumah MB Kelantan masa Cub Prix di Kota Bahru tahun lepas. Semua pelumba dan urusetia dijemput makan malam di rumah MB. Malah boss-boss promoter/penaja/penganjur (termasuk bukan Islam) dijemput ke surau untuk mendengar tazkirah Tok Guru selepas sholat Magrib.

TGNA ialah antara MB yg sentiasa mengalu-alukan kedatangan bikers ke Kelantan (dan juga penghujung lain).

Semasa Konvoi RR ke Pantai Timur 1988 cuma TGNA shj yg sudi menyambut dan meraikan konvoi RR dlm satu makan malam. Manakala MB-MB lain di negeri-negeri Pantai Timur yang lain tidak memberi jawapanpun kpd permohonan konvoi RR ketika itu.

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Sun Jun 02, 2013 5:12 pm



Dari kanan, Mr Douglas Choong, Clerk of the Course, Tan Sri Ahmad Yom, Lukman dan Wazi Abdul Hamid — with Wazi Abdul Hamid, Lukman, Tan Sri Ahmad Yom and Douglas Choong.

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by faizul_11 on Sun Jun 02, 2013 5:36 pm

banyaknya.. gambar di atas ni, saya masih sekolah menengah lagi.

orang zaman sekarang bagitau pass yang boleh masuk pit masa race motogp, 'pass tahap dewa' namanya.. betul ke tidak, x tahu la.. Very Happy Very Happy Very Happy

_________________

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Mon Jun 03, 2013 5:20 am



Dua beranak semasa Sepang MotoGP 2012 bertugas sebagai OSH (Safety) Observer. Anak pula sebagai backup cameraman.

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by lukmanw on Mon Jun 03, 2013 5:23 am

Betu Ijul! Dapat free tiket grandstand harga ribu-raban pun tak sama dgn pass paddock/pit apa lagi kalau all access!

Aku kalau dpt tiket grandstand lebih baik dok rumah tengok tv live lain le kalau bertugas di paddock ok gerenti pergi!

faizul_11 wrote:banyaknya.. gambar di atas ni, saya masih sekolah menengah lagi.

orang zaman sekarang bagitau pass yang boleh masuk pit masa race motogp, 'pass tahap dewa' namanya.. betul ke tidak, x tahu la.. Very Happy Very Happy Very Happy

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Acara motorsport @ pemotoran yang pernah disertai

Post by Sponsored content Today at 11:47 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum