Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

View previous topic View next topic Go down

Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by lukmanw on Sun May 19, 2013 5:37 pm

Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Ada pelbagai pendapat dari pelbagai organisasi berkaitan kenderaan luar Negara yang mendefinisikan era-era Retro, Classic dan Vintage ini. Manakala Forum OSO ini telah menetapkan model-model 1982 – 1992 untuk dikategorikan (melayakan?) bergelar Old Superbike iaitu satu kategori sebagai tambahan kepada tiga kategori yang disebut sebelum.

Saya pernah terlibat sebagai Stage Commander dalam Vintage/Classic Car Rally London-Sydney Marathon 2000 yang bermula dari London dan tamat di Sydney. Saya dipertanggungjawab menjaga laluan (stage) di Thailand Malaysia. Acara ini sertai oleh 98 kereta Vintage dan Classic. Pesertanya terdiri dari pelbagai lapisan orang termasuklah bekas pelumba F1 yang lumpuh kedua-dua belah kakinya dengan Mercedes Classic yang diubahsuaikan menggunakan semua operasi pengendalian tangan.

Acara Vintage/Classic Car Rally London-Sydney Marathon ini diadakan setiap empat tahun menggunakan laluan darat yang berbeza dari London ke Sydney. Acara ini melalui Malaysia buat kali pertama pada tahun 1974 dan yang kedua pada tahun 2000. Pada kedua-dua acara 1974 dan 2000, Royal Perak Motor Club diberi tanggungjawab sebagai penganjur tempatan. Pada tahun 2000 saya sebagai setiausaha kelab telah dilantik menjadi Stage Commander.




Kategori Classic dan Vintage yang dipertandingan ialah mengikut format seperti berikut:
Vintage Car; 50 – 99 years old
Classic Car; 30 – 49 years old

Apa yang saya ingin menarik perhatian semua OSO ialah taarif vintage dan classic itu sendiri berubah mengikut tahun. Sebagai contoh kalau di tahun 2000 tersebut, kereta keluaran 1970 dianggap classic tetapi jika di tahun 2030 kelak kereta tersebut sudah dianggap Vintage kerana telah berusia 50 tahun.

Bagaimanapun istilah Retro dan Modern berdasarkan beberapa pandangan organisasi berkaitan kenderaan luar Negara ialah seperti beikut:-
Retro Car 15 – 20 years old
Modern Car 15 > years old

Berikut adalah contoh bagaimana kategori Vintage, Classic, Retro dan Modern Motorcycle dikategorikan pada tahun 2000.

At year 2000
Vintage; 50 – 99 years old; Honda Dream 1950

Classic; 30 – 49 years old; - Honda CB 750 1970

Retro 15 – 20 years old – Suzuki Katana S Model (1980)

Modern < 15 years old – Honda CBR1000RR 2000

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by AmyZaydee on Sun May 19, 2013 6:12 pm

terbaik...

AmyZaydee

Location : Alor Setar

View user profile

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by fazli_zx11 on Sun May 19, 2013 6:57 pm

Katana abg man panjang lg.....huhuhu... Very Happy
Apa2 pun info yg bagus utk dikongsi....tq..

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by faizul_11 on Mon May 20, 2013 10:43 am


Jentera 500cc keluaran tahun 1927 masih sasa

sumber dari sini.
http://www.bhauto.my/bsa-sloper-paling-lengkap/

Sepanjang sejarah dunia motosikal klasik, apakah kaitan antara sebuah kilang membuat senjata dengan motosikal? Sebuah jenama tua yang masih disanjungi oleh peminat motosikal British adalah Birmingham Small Arms (BSA) yang terkenal dengan lambang 3 senapang. Ini tidak sukar difahami; syarikat itu bermula sebagai perniagaan dan pengilangan senjata api di sebuah premis di Small Heath dan memulakan pengilangan senjata api pada 1875 sebelum menceburi bidang pengilangan basikal dan komponennya pada 1902.

Dalam tempoh itu, syarikat berkenaan juga sudah mula membuat basikal berenjin pada tahun 1904 sebelum bercadang untuk menukar haluan kepada pengilangan motosikal pada 1910. Ketika period Perang Dunia Pertama, BSA berhentikan pengeluaran motosikal dan basikal dan menumpukan perhatian hanya kepada pengeluaran senjata api. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, BSA kembali kepada pengeluarkan basikal dan motosikal.

Dengan bantuan Harold Briggs, seorang jurutera dari kilang kereta Daimler, BSA mengeluarkan sebuah motosikal model “sport” yang diberi nama Sloper. Ia dinamakan sedemikian kerana enjin sportnya yang condong kehadapan di mana pusat graviti (center of gravity) berjaya direndahkan, kurang gegaran dan sekaligus menstabilkan motosikal tersebut semasa dalam pergerakkan dan pengendalian.

Motosikal dalam rencana ini adalah sebuah BSA model S27 Sloper keluaran tahun 1927 yang terselamat dan kini berusia 86 tahun. Adalah dipercayai ia merupakan sebuah daripada motosikal tertua di Malaysia yang masih berdaftar dan memiliki cukai jalan yang sah untuk digunakan di atas jalan raya di Malaysia. Motosikal ini dimiliki oleh Chan Kwan Yen dari Selangor dan beliau telah membelinya beberapa tahun dahulu dengan harga yang agak mahal.

Sungguhpun ia sebuah motosikal yang masih boleh bergerak semasa beliau membelinya, Chan terpaksa mencari dan membeli banyak alat gantian dari merata tempat termasuk dari luar negara dengan bantuan seorang pakar restorasi moto klasik bernama Vincent Kong dari Subang, Selangor.

Motosikal ini dipasangkan dengan tangki bahan api 2 gelen yang terletak diatas kerangka dupleks segi tiga sementara pemasangan enjin satu omboh 80mm x 98mm, berkuasa 493cc sistem enjin injap atas / OHV (Over Head Valve) dengan sistem penyejukkan udara telah menyumbang kepada berat kasarnya sebanyak sekitar 300 paun.

Blok dan kepala silinder Sloper ini diperbuat daripada besi tetuang dan dipadankan dengan kotak gear 3-kelajuaan dan mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 110-121kmj. Enjin ini membekalkan kuasa pemampatan yang tinggi dan mampu mengeluarkan kuasa 25bhp pada 5,250rpm. Pemasangan gegendung brek 7 inci depan dan belakang sebagai pemasangan asas pada era itu dapat berfungsi memberhentikan motosikal pada masa yang diingini.

Tiada meter kelajuan yang dipasangkan padanya. Hal ini adalah kerana ia tidak diperlukan dari segi undang-undang jalan raya pada waktu itu. Sebuah kompas gangsa yang merupakan pemasangan standard kilang bertujuan menjadi petunjuk arah telah dipasangkan di belakang lampu depannya.

Selain daripada meter kelajuan, lampu depannya adalah lampu carbide. Oleh kerana jenis berkenaan susah didapati kini dan tidak mesra alam, dengan sedikit modifikasi, Chan memasangkan lampu elektrik di dalam rerumah lampu depannya itu, demi memelihara keaslian motosikal berkenaan.

Penyaluran bahan api

Bahan api disalurkan ke enjin melalui sebuah karburator Amal pre-Monoblock Type Six dan api palam pencucuh dibekalkan oleh sebuah magneto Lucas. Apabila motosikal ini dihidupkan, ia mengeluarkan bunyi daripada ekzos ‘ekor ikannya’ yang lunak dan mendap.

Sungguhpun ia menggunakan sistem spring injap yang “terbuka” di mana kita dapat melihat injapnya bergerak selepas enjin dihidupkan, enjin condong ini dikira senyap jika dibandingkan dengan motosikal lain yang menggunakan konsep serupa.

Kelajuan maksima yang boleh dicapai oleh moto ini adalah dalam linkungan 70 – 75 bsj (110 – 121 ksj). Sungguh pun sistem suspensi “girder” depannya tergolong dalam era vintaj, ia masih berfungsi dengan baik, menyerap segala hentakkan daripada lopak-lopak di jalanraya. Dengan kedudukan pelana yang rendah, ia senang dikendalikan dalam apa jua permukaan jalan raya dan juga boleh “melayan” selekoh dengan senang.

Tidak disangkal bahawa BSA Sloper ini memang merupakan sebuah motosikal antik yang unik dan sungguh cantik rekaannya. Kemana sahaja ia berjalan atau diparkir, pasti ia menarik perhatian ramai. Apabila Chan membawa motosikal ini ke mana-mana pertandingan motosikal klasik, pasti beliau akan mambawa balik hadiah untuk acara berkenaan; motosikalnya lebih daripada 90 peratus terdiri dari bahagian tulen dan asli dari pengeluar.

Tahun 2009 merupakan kali pertama motosikal ini muncul dikhalayak ramai semasa Pesta Motosikal Klasik Antarabangsa Melaka dan beliau telah memenangi hadiah Pertama untuk Kategori BSA Terbaik. Tahun lalu pula beliau menunggang motosikal ini untuk menghadiri acara “All Bikes Concours 2012” (ABC) yang julung kali diadakan dan beliau dengan senang telah menjuarai Kategori Klasik Kontinental.

ABC 2013 akan datang

Acara ABC ini telah dianjurkan oleh New Sunday Times / Car of the Years 2012 dan Berita Harian / BHAuto.

Untuk peminat motosikal klasik British yang ingin melihat motosikal vintaj BSA Sloper cantik ini sendiri, Chan dijangkakan akan mempertandingkannya sekali lagi pada acara ABC 2013 yang akan diadakan pada 5 Oktober 2013, bertempat di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.

Selain daripada motosikal klasik British, beratus buah motosikal retro, café racers, kustom, retro moden, superbikes dan lain-lain dijangkakan akan menghadiri event pada tahun ini. Event “concours” bererti “paling ori” atau tahap tertinggi dalam keasliannya dan ABC merupakan event motosikal “concours” yang terulung dinegara kita buat masa ini.

Maklumat lanjut mengenai acara ini akan diumumkan melalui sisipan BHAuto dan Cars Bikes and Trucks (CBT).

Secara amnya, kategori dalam event ABC 2013 yang dipertandingkan terbahagi kepada:
1. Klasik Kontinental (Classic Continental)
2. Klasik Jepun (Classic Japanese)
3. Retro dibawah 500cc (Retro Bikes below 500cc)
4. Retro, Superbikes, Tourer, Cruisers, Easyriders dll 501cc keatas
5. Kustom dan Café Racers (Customs and Café Racers)
6. Americana – Kategori baru ini dijangka akan menarik banyak penyertaan daripada Harley-Davidsons dan Indians

Nantikan maklumat berkaitan ABC 2013 dari semasa ke semasa di www.bhauto.my. -Norty Foo

_________________

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by atan7800 on Mon May 20, 2013 11:32 am

terima kasih berkongsi info

atan7800

Age : 32
Location : banting

View user profile

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by fazli_zx11 on Mon May 20, 2013 6:20 pm

Bsa moto perang.....huhuhuu Very Happy
Pernah tya abah saya kenapa x beli bsa ke triumph ke...norton ke..
Dia jawab dulu beli moto br ambik lesen.nk ambik test laluan 8 senang fail kalau moto mcm tu
Sbb handle motor tu lebar...so abah saya beli vespa aje tahun 72 sampai sekrg..

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by lukmanw on Mon May 20, 2013 6:21 pm

Apa maksud AJS?

Asal Jalan Sudah........

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by fazli_zx11 on Mon May 20, 2013 6:31 pm

lukmanw wrote:Apa maksud AJS?

Asal Jalan Sudah........

B.s.a=bole semput aku kalau x maintain betol2.hahhaha

Back to top Go down

Re: Era Motosikal Modern, Retro, Classic dan Vintage

Post by Sponsored content Today at 1:26 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum