OLD SUPERBIKE OWNER ( 82 - 92 )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tips/petua yang sering diabaikan

3 posters

Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Thu May 16, 2013 6:20 pm

Tips/petua yang sering diabaikan

Jom kita share di sini mengenai masa terbaik untuk lakukan perkara-perkara berikut:-

Tukar engine oil (minyak hitam). Pastikan engine motor anda panas. Kalau nak tukar sendiri atau workshop sebelah rumah, bawa round dulu motor tu 10, 20 km utk panaskan engine. Permukaan dalam blok engine yang panas akan berkembang dan menyebabkan hampir kesemua engine oil lama akan mudah mengalir keluar.

Tips/petua yang sering diabaikan Change-motorcycle-engine-oil-02

Spray minyak rantai. Sama seperti kaedah menukar engine oil, pastikan rantai anda itu “dipanaskan” dulu. Ada juga yg basuh rantai dgn pelbagai bahan seperti petrol, minyak tanah, sabun dan lain-lain. Bahan-bahan ini boleh merosakan rantai. Seeloknya berus rantai untuk membuang pasir/tanah yang terlekat padanya sebelum menyembur minyak rantai yang bersesuaian.

Tips/petua yang sering diabaikan Chain-care-lube_560x420

Sukat dan isi angin dalam tayar. Paling elok tayar dalam keadaan sejuk. Paling-paling elok sukat dan isi angin di awal pagi sebelum memulakan perjalanan. Tayar yang panas tidak akan memberi bacaan sukatan angin yang betul. Maknanya isi angin di rumah menggunakan pam kaki, pam tangan dan kalau ada pam elekrik. Kalau pam kaki dan pam tangan bolek exercise sama!

Tips/petua yang sering diabaikan Tirepressure
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 4:46 am

Bersempena dan bersesuaian dengan tagline forum OSO ini iaitu - Activities, knowledge and sharing, saya mengajak ahli-ahli forum OSO yang lain bersama-sama berkongsi tips dan petua untuk kebaikan semua.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 4:55 am

Tips/petua yang sering diabaikan 3574.16.cotter-pin

Ramai orang ambil mudah pasai COTTER PIN ini. Malah ramai mekanik yang malas nak pasang balik Cotter Pin. Cotter Pin berfungsi sebagai stopper kepada NUT yang boleh terkeluar dengan sendiri dari BOLT akibat gegaran dan sebagainya.

Kalau motosikal lama (retro) axle (gandar) roda depan mesti ada Cotter Pin tetapi motosikal moden sudah tak pasang peranti (device) keselamatan ini.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 5:27 am

MOTOR TUNDA (TOWING MOTOR?) mcm Tow Truck!

Posting sebelum ini dalam general Biking Discussion 400cc< GS550E aku pernah tulis seperti berikut-

"Pernah tarik sebuah Honda Raider kepunyaan seorg askar PPH dari Kuala Kangsar ke Kem PPH Uju Kinta. Tali (saya mmg bawa tali) putus 2, 3 kali dan sambung tali pinggang pula, itu pun putus juga. Bila sampai ke dpn kem PPH itu, mamat owner Honda Raider mcm nak cium kaki saya!"

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menunda motor, salah satunya dengan menariknya menggunakan tali. Tetapi untuk keselamatan JANGAN ikat terus tali yang digunakan kepada kedua-dua motor. Tali hanya diikat kepada motor penarik (motor hadapan) dan tali yang di penghujung satu lagi HANYA dipegang oleh penunggang motosikal bermasalah. Pastikan penunggang motosikal yang bermasalah ini memakai gloove dan juga penghujung tali diikat kepada objek seperti kayu pendek utk keselesaan gengaman.

Kalau diikat kedua-dua belah motosikal amat merbahaya kerana jika motosikal penarik terbabas dan sebagainya, motosikal yang ditarik juga akan turut terbabas sekali.

Ada juga yang menunda motosikal bermasalah dengan menolak menggunakan kaki dari sisi ke pemijak belakang motosikal yang bermasalah. Kaedah ini memerlukan penunggang yang pengalaman. Pemilik bengkel superbike di Taiping dahulu (Mega Motor tetapi kini sudah buat di rumah sahaja) sudah lupa namanya tetapi badan kecil sahaja pernah menolak Zypher 750 kepunyaan Manager Kilang Arab M'ian Kmtg (badan dia pun sdh 150kg!) dari Gurun balik ke Taiping!

Tips/petua yang sering diabaikan Tolak

Berikut adalah Motor Tunda The Retriever Honda Goldwing yang dikeluarkan oleh syrkt Swedish company - Coming Through yang boleh tarik kenderaan sehingga berat 3 Ton.

Tips/petua yang sering diabaikan Image-128
Tips/petua yang sering diabaikan Towbike2b
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 5:29 am

Tips/petua yang sering diabaikan Towaboatwithabike

Ini BASIKAL TUNDA!
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by faizul_11 Fri May 17, 2013 6:23 am

pengalaman saya tarik motor guna kereta.
1) guna wira manual tarik zzr1100 dari shah alam ke banting.

ditarik guna kereta.
1) srad750 dari banting ke batu14 langat
2) zzr1100 dari equine park ke banting.

ditarik guna motosikal.
1) rg125fn dari ipoh ke banting
2) ss110 dari lata iskandar ke banting
3) fx125 dari tapah ke banting

tarik motor guna motor
1) tarik zzr1100 guna fzr1000 dari rantau panjang ke banting.

semua teknik penarikan dilakukan dengan mengikat kedua-dua krnderaan. yang ditarik perlu pastikan tali sentiasa tegang
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 6:38 am

faizul_11 wrote:pengalaman saya tarik motor guna kereta.
1) guna wira manual tarik zzr1100 dari shah alam ke banting.

ditarik guna kereta.
1) srad750 dari banting ke batu14 langat
2) zzr1100 dari equine park ke banting.

Kereta tarik motor saya tak pernah lihat lagi dan tak pernah buat juga! Menarik & tertarik ini!


faizul_11 wrote:semua teknik penarikan dilakukan dengan mengikat kedua-dua krnderaantegang

Ini agak merbahaya jika motor yang ditarik dikat kepada body/handle. Sepatutnya penunggang motor yg ditarik memegang hujung tali itu. Pernah terjadi kepada member dlm group konvoi saya (90an) yg menggunakan RXS terikut sama motor yg menariknya (TRS) ke dalam parit di PD akibat motornya (RXS) diikat.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by nan_gpz11 Fri May 17, 2013 6:50 am

Tarik motor?..penah tarik cagiva mito125 dari termerluh sampai banting...tolak gsx750s(katana v tex) dari pedas linggi sampai banting..dgn en randy...haha2...paling jauh tarik rgv125 ijul la...dari tol jangkat jering sampai banting..hahaha2.. Very Happy
nan_gpz11
nan_gpz11
Admin


Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 6:57 am

nan_gpz11 wrote:...dari tol jangkat jering sampai banting..hahaha2.. Very Happy

ini sdh hebat!

ada member lama (dia guna Katana 650 shaft drive) cakap kalau motor rosak tengah jalan dia minta tolong AGONG sahaja! Ada sesiapa tahu AGONG mana yang dia minta tolong? Very Happy
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 8:04 am

Tips/petua yang sering diabaikan 1

Zipper Bag banyak kegunaannya!

Antara masalah yang dihadapi oleh penunggang motosikal ialah menggunakan barangan/peralatan yang tidak waterproof seperti jaket, gloove, kasut dan beg. Barangan/peralatan yang waterp[roof juga akan menimbulkan masalah jika bahagian pengancing (zip) yang boleh menyerap air jika tidak ditutup dengan betul.

Biasanya untuk mengisi dokument penting seperti passport saya menggunakan Zipper Bag A4 Size seperti gambar di atas. Malah saya juga memastikan sehelai dua baju, seluar, stokin dan seluar dalam disimpan dalam Ziper Beg ini. Pakaian kering!

Kdg-kdg ianya juga berguna utk mengisi makanan seperti roti yg tidak habis dimakan. Semasa berperjalanan dengan kereta bersama anak saya yang kecil ketika itu, saya menggunakan Zipper Beg ini sebagai beg muntah jika perlu.

Zipper beg boleh dibeli di pasaraya.
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by faizul_11 Fri May 17, 2013 8:08 am

lukmanw wrote:
nan_gpz11 wrote:...dari tol jangkat jering sampai banting..hahaha2.. Very Happy

ini sdh hebat!

ada member lama (dia guna Katana 650 shaft drive) cakap kalau motor rosak tengah jalan dia minta tolong AGONG sahaja! Ada sesiapa tahu AGONG mana yang dia minta tolong? Very Happy

tu la.. kena hati kering dan jiwa kental je yang berani tarik2 motor ni.
'kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai,
kalau rasa2 motor akan rosak,
bawalah tali supaya boleh sampai'..

hari tu tarik VF1000R pakai GSXR1100 dari saujana putra sampai bengkel. GSXR ikat tali kat fender belakang. VF1000R ikat kat fork.. kelajuan 80km/j.. yang ditarik kena fokus kat lampu brek motor depan dan ketegangan tali.. kalau tali longgar boleh berbelit kat roda depan. mesti jatuh punya.. dah ada member yang terkena..

rasanya, tarik pakai kereta lagi selamat.
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by faizul_11 Fri May 17, 2013 8:10 am

lukmanw wrote:Tips/petua yang sering diabaikan 1

Zipper Bag banyak kegunaannya!

Antara masalah yang dihadapi oleh penunggang motosikal ialah menggunakan barangan/peralatan yang tidak waterproof seperti jaket, gloove, kasut dan beg. Barangan/peralatan yang waterp[roof juga akan menimbulkan masalah jika bahagian pengancing (zip) yang boleh menyerap air jika tidak ditutup dengan betul.

Biasanya untuk mengisi dokument penting seperti passport saya menggunakan Zipper Bag A4 Size seperti gambar di atas. Malah saya juga memastikan sehelai dua baju, seluar, stokin dan seluar dalam disimpan dalam Ziper Beg ini. Pakaian kering!

Kdg-kdg ianya juga berguna utk mengisi makanan seperti roti yg tidak habis dimakan. Semasa berperjalanan dengan kereta bersama anak saya yang kecil ketika itu, saya menggunakan Zipper Beg ini sebagai beg muntah jika perlu.

Zipper beg boleh dibeli di pasaraya.


ooo.. zipper beg ni. ank kena beli jugak. selalunya, kitorang mintak plastik bungkus nasi kat kedai makan je. dengan getah.. bungkus dan ikat.. lagi jimat bang lukman.. Very Happy Very Happy Very Happy
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 11:06 am

[quote="faizul_11"]
lukmanw wrote:
ooo.. zipper beg ni. ank kena beli jugak. selalunya, kitorang mintak plastik bungkus nasi kat kedai makan je. dengan getah.. bungkus dan ikat.. lagi jimat bang lukman.. Very Happy Very Happy Very Happy

Saya ada banyak sebab saya beli terus dari kilang (rumah kedai) di Jelutung. Mulanya terkejut juga bila tauke kilang kata tak boleh beli sikit-sikit kena beli byk-byk. Tapi lega bila dia kata satu baru 2, 3 sen shj!

Kalau ada OSO trip atau gathering akan saya bawa!


Last edited by lukmanw on Fri May 17, 2013 11:34 am; edited 1 time in total
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 11:08 am

[quote="faizul_11"]
lukmanw wrote:
'kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai,
kalau rasa2 motor akan rosak,
bawalah tali supaya boleh sampai'..

Terbaeekk pantun era baru!
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 11:14 am

faizul_11 wrote:ada.. haji badak namanya. nanti godek2 gambo jap.. tapi kunci motornya kerap hilang.. Sad Sad Sad

lukmanw wrote:Antara syarat yg arwah MYB buat semasa konvoi terutama cross border ialah semua penunggang mesti ada spare key dan MESTI disimpan dalam wallet.


Tips/petua yang sering diabaikan 2273651782_ca179e1df3

APA YANG PERLU ADA DALAM DOMPET ANDA?
(Wallet Management)

Siratan asal pada 17-Februari-08,
Blog thejourney.weblog.uum.edu.my

Dalam kelas saya (Silibus Emergency Response Management, dalam program Master OSH), salah satu tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar ialah; nyatakan barang-barang yang mesti ada dalam dompet anda dan ulas kepentingannya.

Dalam dompet yang saya bawa setiap hari mengandungi benda-benda berikut;

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Salinan Photostat Kad Pengenalan
4. Kad Kecemasan Diri
5. Wang Kertas dan duit syiling
6. Kad Kredit dan Kad ATM Bank
7. Gambar Passport Size (saya, isteri dan anak)
8. Kunci spare Wira
9. Salinan Surat Nikah
10. Mini Kaledar

Kad Pengenalan dan Lesen Memandu adalah kemestian. Di samping itu saya selitkan juga satu salinan photostat Kad Pengenalan

Kad Kecemasan Diri yang mengandungi data perubatan seperti jenis darah dan waris yang boleh dihubungi jika berlakunya kecemasan. Rujuk siratan dalam blog saya sebelum ini untuk keterangan lanjut mengenai Kad Kecemasan Diri ini.

Sudah pasti wang ringgit dan duit syiling dengan komposisi berikut;

1. Wang Kertas (sekurang-kurangnya RM 1 x 5, RM 5 x 2, RM 10 x 2, RM 50 x 1)
2. Duit Syiling (sekurang-kurangnya 20 sen x 2, 10 sen x 2, 5 sen x 2)

Sebab itu saya memastikan dompet yang dibeli mempunyai ruang saku untuk diisi duit syiling. Dahulu saya sentiasa membawa dua, tiga syiling satu sen tetapi kini sudah tidak pratikal lagi. Saya juga tidak membawa banyak wang dalam dompet saya.

Saya hanya ada satu Kad Kredit dan beberapa Kad ATM Bank tapi saya lebih suka membawa Kad ATM Bank Maybank kerana lokasi tellernya ada di merata tempat.

Gambar passport size (saya, isteri dan anak). Saya teringat gambar adik Sharlinie yang dipaparkan di merata-rata tempat. Tertanya juga di hati saya tiadakah gambar lain selain dari gambar yang terpampang itu. Mungkin dahulu agak sukar untuk mengambil gambar tetapi dewasa amat mudah untuk mengambil gambar dan kosnya juga tidak semahal dahulu.

Saya pasti ramai yang telah menerima email yang mengandungi gambar-gambar adik Sharline yang ”telah diperbetulkan” dan ”dibayangkan” jika berambut panjang, bertudung ataupun botak. Terima kasih kepada seorang penulis blog yang mengambil usaha murni mengadakan gambar-gambar adik Sharline ini. Lupa pula saya akan alamat penulis blog ini.

Disebabkan ini saya sentiasa memastikan agar saya mempunyai gambar-gambar terbaru diri saya, isteri dan anak saya. Manakan tahu amat berguna di kemudian hari.

Kunci Spare Wira, sebenarnya saya selitkan juga kunci spare Atos isteri saya.

Saya tidak pasti sama ada salinan Surat Nikah masih relevant atau tidak pada saya sekarang ini! Tapi saya masih membawanya kerana hampir setiap hujung minggu (semenjak lebih dari 10 tahun) saya bermalam di hotel-hotel sama ada atas urusan mengajar atau mengendalikan acara motorsports. Takut juga saya ditangkap atas kesalahan berkhalwat atau lebih drastik atas kesalahan melakukan persetubuhan!

Entah mengapa saya masih memerlukan Mini Kalendar. Saya tidak mahir menggunakan kalendar di dalam telefon bimbit mahupun menggunakannya secara teknologi PDA dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
Blog oshthejourney.blogspot.com
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Fri May 17, 2013 11:33 am

Tips/petua yang sering diabaikan MTuZAQ6

Faizul-

Beg plastik sampah terutama yang tebal (berwarna kuning dan biru) juga sesuai utk balut beg galas yang dibawa atas motor penganti rain cover. Sbb harga rain cover ini mahal sangat ratusan ringgit. Kalau saya bawa beg galas atas motor mesti saya bawa plastik sampah tebal ini.

Ada satu beg plastik hitam yang tebal. Code name dia "beg under taker" yg polis guna untuk balut mangsa kemalangan yang mati! Masa saya kerja kilang tayar di Taiping 15 tahun dahulu mmg byk ada di kilang dan tapi bukanlah guna balut mayat!

Tips/petua yang sering diabaikan Images?q=tbn:ANd9GcTm0m1tG0z0Si8NJnDgk2l-GajoGBtl7i1eO_fPY2MT-arXw9pELw
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by lukmanw Tue May 21, 2013 2:59 pm

Jumpstart - cara yang betul dan selamat

Tips/petua yang sering diabaikan Slide2
Tips/petua yang sering diabaikan Slide1

Ramai di antara kita sentiasa membawa dan biasa menggunakan jumpcable ini tetapi ada yang tidak tahu cara yang selamat menggunakannya. Biasanya menjadi amalan kabel positif (warna merah) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Begitu juga dengan kabel negatif negatif (warna hitam) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Kemudian kereta berbateri elok dihidupkan dahulu dan diikuti dengan kereta yantg berbateri lemah. Memang dengan cara ini kereta yang mengunakan bateri yang lemah boleh dihidupkan. Malah cara inilah yang saya amalkan dahulu beberapa kali.

Bagaimanapun untuk langkah keselamatan mengelakkan lebihan arus voltan, kabel negatif (warna hitam) hanya disambung di terminal bateri yang elok dan penghujung kabel ini satu lagi dilekatkan (clip) pada mana-mana bahagian besi (metal) tanpa cat di kereta untuk membumikannya (earthing).

Tips/petua yang sering diabaikan Picture1
lukmanw
lukmanw

Location : Taiping

Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by faizul_11 Wed May 22, 2013 10:12 am

tarik motor..
Tips/petua yang sering diabaikan Img5028jt
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

Tips/petua yang sering diabaikan Empty Re: Tips/petua yang sering diabaikan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum