Apa ada pada nama

View previous topic View next topic Go down

Apa ada pada nama

Post by lukmanw on Thu May 16, 2013 7:07 pm


Nama 1; Bulldog Kuan-Anjing naik motor
(Photo 1, Bulldog Kuan berdiri kanan sekali. Tengah ialah Douglas Choong, Setiausaha Royal Perak Motorsport Club. Kiri sekali aku.)

”Ayah panggil Uncle tu Bulldog?”, tanya anak aku.

“Dia tak marah ke, ayah?”, tanya dia lagi keheranan.

Aku mengenali Bulldog Kuan (nama sebenar Kuan Huah Chin) pertengahan 80an. Semasa itu dia menunggang Yamaha Daytona 250cc tetapi mendahului semua penunggang superbike yang lain semasa Lucky Strike Explorer 1986, seperti Dr. Zaini (Ninja GPZ 900R), Yong Yin Fah (bapa Alex Yong sekarang Hanifa Yong), Kamaruddin, body guard Sultan (Gold Wing), Yussof Bakar (GPZ 1100R) dan lain-lain. Daytona itu masih ada di kedai merangkap rumahnya di No. 8, Jalan York, Pulau Pinang. Sekarang dia pakai Virago.

Satu hari aku terima fax (fax pejabat). Entah macamana masa itu boss aku lalui tepi mesin fax dan dia ambik fax itu. Boss ni dah banyak kali sound aku; jangan buat urusan luar guna fax pejabat.

”Ehh, awak kenai ka Bulldog Kuan ni?”, tanya boss aku macam percaya tak percaya.

Aku sengih sahaja. Jawab aku ringkas sahaja.

”Kalau kongsi bilik tu dah banyak kali. Cuma tak kongsi katil sahaja!”

Boss tak jadi marah sambil sua kertas fax tu kepada aku.


Nama 2: Suzuki San (Photo 2. Tercegat kiri) - Nama saja Suzuki tapi takut naik motor!

Suzuki San ini Engineer Toyota Motor di Nagasaki. Nama sahaja Suzuki tapi tak tahu naik motor. Tak tahulah jika dia sengaja buat-buat tak tahu!

Masa ralli Malaysia ke China tahun 2000, di Utara Thai sebelum Myanmar, Toyota Land Cruisher dia “wire short” habis tangkap bateri. Hendak jadi cerita ”jump cable” dalam Isuzu Invader aku pula ada mamat mana lak pinjam tak pulang balik.

Kami dua kereta 4x4 itu yang last sekali. Tahan kereta Thai, satu pun tak ada ”jump cable”. Akhirnya satu Mamat Siam ini naik motor berhenti. Bolehlah faham cakap bahasa “ayam-itik” dengan dia. Tapi “jump cable” itu ada dekat kedai yang dia boleh tolong bawa pergi.

Aku suruh Suzuki San naik motor Mamat Siam itu, tapi dia geleng-geleng kepala, katanya tak pernah naik motor!

Last-last aku yang kena pergi. Tu dia punya jauh. Kami cross lintang lebuhraya jam 9 malam dengan motor tak ada lampu. Pejam mata aku tengok kereta yang datang. Masuk kampung keluar kampung. Aku ingatkan Mamat Siam ini hendak jual aku dah!

Rupa-rupanya dia betul-betul nak tolong kami. Jumpa juga kedai itu. Tauke kedai itu siap ikut kami bukan sahaja bahawa ”jumpa cable” tetapi dengan bateri spare lagi.

Bila siap semua, aku buat-buatlah sua 100 bath kat Mamat Siam. Dia geleng-geleng kepala sambil sengeh-sengeh. Habis kata aku, dia nak lebih lagi.

Aku sua 200 bath. Dia geleng juga. Aku sua 500 bath. Dia geleng juga. Rupa-rupanya dia ikhlas. Lega aku. Kalau tidak habis duit aku!


Nama 3 : Tumpang Sabtu. Aku yang tumpang dia!

Orangnya kecil sahaja, berdiri paling kanan depan Tuk-Tuk dalam photo no. 3. Dia dari RTM. Kecil tapi ligat orangnya. Dua kali rali aku kongsi bilik dengan dia. Nama sahaja aku ada bilik. Tapi macam tak payah ada bilik. Bilik buat syarat nak mandi dan berak sahaja.

Itupun nasib baik aku dapat sebilik geng Melayu kalau tidak boss aku selalu bubuh aku sebilik dengan Mat Salleh atau Jepun/Taiwan/Korea.

Hampir setiap malam aku hanya akan sampai hotel paling awal jam 1 atau 2 pagi, sebab aku ”sweeper”, iaitu kereta last sekali. Pagi pula jam 3 atau 4 pagi sudah bangun sebab aku akan jadi ”zero car” iaitu kereta yang keluar awal sekali check jalan. Maknanya aku cuma jumpa Tumpang Sabtu semasa dia dalam mimpi. Dua, tiga minggu rali sempat sembang malam last sekali sahaja.

Tapi yang aku suka duduk sebilik dengan Tumpang Sabtu sebab ”ration” dia banyak. Kalau setakat maggie dan biskut tak heranlah, siap dengan serunding dan sambal tumis. Aku pula pergi rali sampai border Tibet pun lenggang kangkung sahaja. Orang rumah suruh bawa ”Pak Berahim”, aku kata tak payahlah!

Yang paling aku suka dekat Tumpang Sabtu ini ialah dia suka beli buah dan segala makanan semasa rali. Sekali-sekala jumpa masa tengah rali, dia pesan makanlah apa yang ada atas meja (dalam bilik) bila sampai hotel nanti. Entah macamana buah durian pun dia boleh seludup masuk bilik.

Seorang lagi yang pernah sebilik dengan aku semasa rali ialah Mustafa Omar, Ketua Pengarang Metro Harian masa kini.


Last edited by lukmanw on Fri May 17, 2013 7:53 am; edited 3 times in total

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by lukmanw on Thu May 16, 2013 7:09 pm


Bulldog semasa KL GP 1960 dengan motosikal Norton Manx, 500cc

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by lukmanw on Thu May 16, 2013 7:11 pm


Kanan, Bulldog Kuan, 76 tahun bersama rakan karib seorang lagi legenda pelumba motor Malaysia 60an iaitu Chris Howell, 73 tahun. Gambar di rumahnya di No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pada 10 Mei 2009 di hari kematian isteri Bulldog. Bulldog semasa itu bertugas sebagai Clerk-of-course Petronas Cub Prix Terengganu

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by AmyZaydee on Fri May 17, 2013 12:02 pm

Best baca ni...Good info. tqvm.

AmyZaydee

Location : Alor Setar

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by zaydeeak on Fri May 17, 2013 12:13 pm

lukmanw wrote:
Kanan, Bulldog Kuan, 76 tahun bersama rakan karib seorang lagi legenda pelumba motor Malaysia 60an iaitu Chris Howell, 73 tahun. Gambar di rumahnya di No. 10, Jalan York, Pulau Pinang pada 10 Mei 2009 di hari kematian isteri Bulldog. Bulldog semasa itu bertugas sebagai Clerk-of-course Petronas Cub Prix Terengganu

Ini kalau kau jumpa dia balik ni mesti panjang cerita ..... bila nak pi jumpa dia nie ? Ajak la aku ..... hehehe

zaydeeak

Age : 46
Location : Alor Setar, Kedah

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by lukmanw on Fri May 17, 2013 12:24 pm

Nak jumpa Bulldog any time.

Kalau SOS (sori OSO type error!) buat trip ke Utara aku cadangkan kita singgap kat kedai dia atau ajak dia makan kat mana-mana.

Tahun 2005 ada seorang Mat Salleh tu (kerja polis traffik di England) datang ke Malaysia semata-mata nak jumpa Bulldog. Mat Salleh ini mengenali aku dalam satu forum Penang Talk dan dia terkejut Bulldog masih hidup. Dia minta tolong aku bawa berjumpa dgn Bulldog.

Mat Salleh ini bekas Tentera Udara British di Prai end 60 dan pernah berlumba motor di Batu Tiga / Penang / Johor dan Singapura. Apa yang menarik ialah Mat Salleh ini dilatih oleh Bulldog sendiri.

lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by lukmanw on Tue May 21, 2013 3:51 pm


Bulldog Kuan dgn Daytona nya di hadapan kedai/rumah di No. 10 York Road Penang.

Bila Zaydeeak kita nak pergi lepak dgn otai ini? Ataupun OSO buat special trip mcm RD Club ini.



lukmanw

Location : Taiping

View user profile

Back to top Go down

Re: Apa ada pada nama

Post by Sponsored content Today at 1:24 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum