OLD SUPERBIKE OWNER ( 82 - 92 )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

5 posters

Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Mon Nov 19, 2012 5:30 am

January 12, 2011 01:10 AM (GMT)
Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/01/12


Hisham Othman
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram

KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.
Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika mahu ditukar hak milik atau dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.

“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.

“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles...SPAKOM/Article/

dah lama keluar artikel ni. ada baik dan ada buruknya. mari kita bincangkan..
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Mon Nov 19, 2012 5:43 am

banyak tempat boleh dirujuk untuk beli motor. paling senang kat mudah.com..

tapi, macam mana nak tahu status motor tersebut dari segi;

1) sama ada ia sah digunakan atas jalan atau tidak?
2) motor ada hutang tertunggak?
3) motor potong?
4) motor piang?
5) ke'original'an nya.. sebagai contoh macam katana.ramai yg tak tahu katana tu macam mana.. sekarang, semua motor dikatakan katana..
6) motor seludup?
7) motor negara jiran?
Cool status pemilikan?

sesiapa ada tips boleh dibincangkan.. ada yang akan kata 'suka hati la, duit sendiri2 nak beli motor apa pun boleh... nak kutuk pun kutuk lah.. bagai anjing menyalak bukit, baik kita jadi bukit jangan jadi anjing'..

ini adalah sebagai perbincangan. yang penting, kita nak rakan2 yang baru hendak berjinak2 dengan dunia old superbike ini dapat memiliki motosikal yang memang sah diguna pakai di atas jalan raya.. Cool Cool Cool
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by nan_gpz11 Mon Nov 19, 2012 5:24 pm

Ini pun rumit..dlm hal nie..saya byk sgat pengalaman..pasal saya ada berbiji2 motosikal..yang ada masaalah pemilik sebenar..tapi saya beli suma ada gran..,jadi nk selesai kan cukup susah...
Pertama pastikan ada gran(surat pendaftaran sah)..kalau gran xada,.apa pun xbole buat lah..walau hebat mcmana pun motosikal tuu..betol ke tidak saya ckp nie...sambung esok lah..nk pasang piston GSX1100E..nanti terbalik pulak...haha2.. Very Happy
nan_gpz11
nan_gpz11
Admin


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by akumatmoto Wed Nov 21, 2012 11:28 am

nan_gpz11 wrote:Ini pun rumit..dlm hal nie..saya byk sgat pengalaman..pasal saya ada berbiji2 motosikal..yang ada masaalah pemilik sebenar..tapi saya beli suma ada gran..,jadi nk selesai kan cukup susah...
Pertama pastikan ada gran(surat pendaftaran sah)..kalau gran xada,.apa pun xbole buat lah..walau hebat mcmana pun motosikal tuu..betol ke tidak saya ckp nie...sambung esok lah..nk pasang piston GSX1100E..nanti terbalik pulak...haha2.. Very Happy

sape punye moto itu piston gsx11ooe?? cik atan kite ke??huhuhu....
akumatmoto
akumatmoto

Location : klang-ipoh

Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by atan7800 Wed Nov 21, 2012 1:41 pm

cik atan mana tu bro.. .
atan7800
atan7800

Age : 39
Location : banting

Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Thu Nov 22, 2012 5:51 am

ikut pengalaman aku beli motor sebelum2 ini;

1) tengok poket. berapa duit ada.. kalau ada 10k, tapi nak beli motor berkuasa 1000cc ke atas memang x dapat la. sekarang ni, yang 550cc pun harga dah berbelas ribu.

2) model apa nak beli.
kalau boleh, check sekali spare part masih wujud atau tidak. sekarang ni ZXR750 punya spare part dah susah nak cari. FZR, GPZ masih banyak dipasaran. kalau Suzuki, kena tanya manpanjang. kat sini, kalau nak cari barang kat ebay boleh tanya manpanjang atau amyNinja9. ada duit, semua boleh beli.

3) check keaslian motor.
kalau dah dapat motor, dari mudah.com ke, mana ke, tengok motor tu. ada yang suka motor masih standard, ada yang tak kisah janji ada tertera model motor kat situ. ikut la citarasa masing-masing. GPZ500s bontot tajam pun x kisah la..

4) dokumentasi.
kalau dah berminat dengan motor tersebut, tanya pulak dokumen. geran, no.plat, no.chasis. pastikan apa yang tertera pada geran, sama dengan apa yang terpahat kat enjin dan chasis. kalau x sama, ada banyak kemungkinan la. pasal dokumen ni, nanti nan_gpz atau manpanjang boleh cerita lebih lanjut. panjang ceritanya ni. nanti kita check sekali no chasis setiap model. contohnya GSX-S series punya no. chasis dari nombor berapa sampai berapa. ini bagi mengelakkan sebarang penipuan.

memang ada yang kata tak berapa penting. asal jadi duit. tapi, sebagai pengguna kita kena berjaga-jaga. malang tak berbau. kalau terjadi xcident ke apa ke, nak claim insuran memang susah. lagi2 kalau ada life insurance. itu tujuannya..

5) harga.
kalau semua dah clear, nego harga pulak. sekarang ni, semua dah mahal. so, ramai seller akan kaut keuntungan kat sini. pandai2 la nego harga. kalau rasa mahal sangat, jangan beli. biar seller simpan kat rumah sampai berkarat. hahaha..

...... to be continued ..........
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by atan7800 Thu Nov 22, 2012 6:44 am

info ni terima kasih banyak
atan7800
atan7800

Age : 39
Location : banting

Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by akumatmoto Fri Nov 23, 2012 12:51 pm

wan7800 wrote:cik atan mana tu bro.. .

itu atan Fzi lew...hehe...
akumatmoto
akumatmoto

Location : klang-ipoh

Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by AtanFZi Sat Nov 24, 2012 1:32 pm

patut ler tersedak2 aju 2 3 hari ni..... Very Happy

AtanFZi

Age : 43
Location : dengkil

Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Thu Nov 29, 2012 4:12 am

6) pastikan motosikal tidak pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kerosakan pada chasis, bukan motosikal potong dan bukan motosikal curi.

ini perkara yang biasanya diambil enteng oleh sesetengah pembeli disebabkan mendapat tawaran harga yang agak rendah. sebagai contoh;

motosikal didaftarkan pada tahun 2005. ditawarkan pada harga yang rendah dari harga tawaran. penjual mengatakan motosikal mempunyai batuan perjalanan dibawah 10,000km. di sini kena berhati2 dengan fakta tersebut. jika batuan rendah, sila pastikan keadaan disc brake, juga pastikan kekemasan pada skru pengikat meter. meter digital kereta pun boleh diubah batuan perjalanan. masa kan motosikal tidak boleh. batuan sebenar kereta boleh dirujuk pada service center. jika penjual sudah menukar lampu hadapan, meter,fork dan lain2, mungkin motorsikal sudah pernah mengalami kemalangan yang teruk. boleh juga rujuk kepada mana2 syarikat insuran berdaftar.

sekian dahulu pada hari ini.. fakta adalah berdasarkan pengalaman. tiada kena mengena dengan motosikaldi atas jalanraya atau dibungkus di rumah... Very Happy Very Happy
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Fri Dec 21, 2012 6:04 pm

contoh motosikal yang sudah hilang keaslian..
PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI 9500388140

kalau anda bukan orang yang mementingkan keaslian, boleh la beli motor ini..
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by faizul_11 Tue Jan 15, 2013 9:30 am

sekadar berkongsi kisah terpencil. ada lagi isu berkali lebih besar dari ini..

Tukar nama geran motosikal

SITI NOORALINA AHMAD
s2@utusan.com.my

MOTOSIKAL sejak sekian lama menjadi pilihan penghuni kota terutamanya golongan lelaki yang ingin menjimatkan wang dan masa bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagi seorang penuntut program perguruan, Nasimuddin Amin, 20, memiliki motosikal sendiri merupakan keinginannya sejak menjejakkan kaki di ibu negara.

Sebagai pelajar, pemuda tersebut lebih selesa menggunakan motosikal kerana selain menjimatkan, dia boleh bergerak ke mana-mana dengan cepat berbanding menggunakan pengangkutan awam.

Untuk itu, dia mula melayari laman-laman web bagi mendapatkan motosikal idaman selepas dimaklumkan oleh rakannya, motosikal boleh dibeli pada harga berpatutan di medium pengiklanan secara dalam talian tanpa melibatkan kedai yang menjual motosikal.

Selepas melayari beberapa laman web jual beli kenderaan, dia tertarik dengan sebuah motosikal Modenas model C100 milik seorang lelaki bernama Mohd. Amin yang diiklankan di laman web, www.mudah.com.

Selepas menghubungi pemilik motosikal itu, Nasimuddin bersetuju bertemu Mohd. Amin, 35, bagi melihat dan memeriksa sendiri kenderaan tersebut. Setelah berpuas hati dengan terma dan syarat jual beli, dia bersetuju membeli motosikal itu.

Pelajar itu membayar RM2,000 secara tunai kepada Mohd. Amin dengan syarat lelaki itu perlu menukarkan geran kenderaan tersebut atas nama Nasimuddin dalam tempoh sebulan.

Selepas sebulan menggunakan motosikal itu, Nasimuddin berpuas hati dengan prestasi kenderaan tersebut, namun mendapati Mohd. Amin masih belum menukarkan namanya pada geran motosikal berkenaan.

Bimbang akan timbul masalah di kemudian hari, Nasimuddin menggesa pemilik asal motosikal itu segera menukarkan namanya sebagai pemilik baharu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan berlalu, Mohd. Amin masih tidak menukar nama dalam geran itu dengan alasan dia terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk menukarkannya.

Nasimuddin seterusnya mendapatkan nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kuala Lumpur bagi membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

Hasil nasihat TTPM, Nasimuddin memfailkan aduannya bagi menuntut Mohd. Amin menukarkan nama geran motosikal berkenaan.

Ketika kes itu didengar di hadapan Presiden TTPM, Maznah Haron baru-baru ini, Nasimuddin menarik balik tuntutannya memandangkan Mohd. Amin telah menukarkan hak milik motosikal tersebut kepada nama Nasimuddin beberapa hari sebelum itu.

Menurut Nasimuddin, dia berterima kasih kepada TTPM kerana menyelesaikan masalahnya yang tertangguh beberapa bulan.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130112/ma_04/Tukar-nama-geran-motosikal#ixzz2I1UbualB
© Utusan Melayu (M) Bhd
faizul_11
faizul_11


Back to top Go down

PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI Empty Re: PANDUAN MEMBELI MOTOSIKAL TERPAKAI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum