MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
+8
husin gsx-s
kawa_zephyr_750
zulvoyager
tabor_gpz
faizul_11
patrickstar
nan_gpz11
Admin
12 posters
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
so... confirm kat RNR Rawang jam 10 pagi ke?
kawa_zephyr_750- Age : 44
Location : Kg Sg Kelambu, Banting, Selangor.
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Kita ikot mcm dirancang..pukul 10.00pagi..r&r rawang arah utara.. bole minum2..hehe2.
nan_gpz11- Admin
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
salam geng old sbk. hajat di hati ni rasa macam nak ikut je esok gi kenduri. ada ke geng2 area melaka nak berjalan2? kalau tak lone ranger je lah... lalalalala..
Amir
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Nk ikot mari la...,hero pelumba mlm nie kawin....,dpt la ia abadi kan kenangan..seumur hidup..,bukan mudah nk kumpul kawan2..di majlis menjadi raja sehari....haha2.
nan_gpz11- Admin
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Sudah sampai rumah pengantin pkl 12 tadi. Tunggu pengantin lps zohor baru jalan ke rumah.
faizul_11
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
GSX1100F. antara objek yang hampir pupus di bumi Malaya. masih menggagahkan diri untuk hadir ke majlis perkahwinan ini. Syabas diucapkan kepada Amir..
"jangan lupakan daku",gpx750 berkata..
cenderahati dan sedikit sumbangan dari rakan2 Old Superbike Owner "82-92". disampaikan oleh tuan presiden nan_gpz11.
gambar kenang-kenangan bersama rakan2 sepermotoran.
"semoga berbahagia hingga ke akhir hayat"...
"jangan lupakan daku",gpx750 berkata..
cenderahati dan sedikit sumbangan dari rakan2 Old Superbike Owner "82-92". disampaikan oleh tuan presiden nan_gpz11.
gambar kenang-kenangan bersama rakan2 sepermotoran.
"semoga berbahagia hingga ke akhir hayat"...
faizul_11
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
agi start idup, agi throttle ngalaban! hahaha... boleh la moto ni nak bwk b'jalan2.. bersantai-santai. tayar pun tak dan nak ganti lagi. syok dapat berkenal-kenalan dengan geng old SBk. happy and friendly.
Amir
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Amir wrote:agi start idup, agi throttle ngalaban! hahaha... boleh la moto ni nak bwk b'jalan2.. bersantai-santai. tayar pun tak dan nak ganti lagi. syok dapat berkenal-kenalan dengan geng old SBk. happy and friendly.
hahaha.. tayar boleh carik. ada banyak. tapi objek GSX1100F ni yang susah nak nampak berjalan on the road. tunggu kalendar aktiviti 2013 diumumkan. kalau motogp ada 18 pusingan, kita pun kena buat 18 ride tahun depan. pilih je yang mana boleh follow.. 18 ride ni, termasuk pelbagai kategori.. kalau Old Superbike je, mau kering poket isi minyak.. hahaha.. kena la apply 'permit' awal2 dari mem. pastikan tong gas masih berisi, bawang, kentang, ikan, ayam dll kat peti ais berisi dulu baru boleh jalan.. jangan main tinggal je. nanti silap haribulan balik ride, kena tido kat luar sebab kunci rumah dah ditukar..
yang masih bujang, memang best la. bila2 masa boleh jalan. huhuhu..
faizul_11
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
memang terbaik la semalam
patrickstar- Age : 41
Location : Bangi
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Mawar merah hjrum mewangi,
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringgi,
Baik-baik berpakat suami isteri,
Sudah bersarang burung tempua,
Sarangnya tinggi tidak la rendah,
Dahulu bujang sekarang berdua,
Ikan janji terhurai sudah,
Kain baldu kain pelikat,
Dibawa amir dari melaka,
Sudah berpadu kata sepakat,
Kalau jodoh bertemu juga,
Mawar merah diatas peti,
Bunga telur atas papan,
kami rakan old sbk owner berbesar hati,
Apa yang kurang mohon maafkan...
"selamat penganti baru..bahagia ke akhir hayat"...amin..
Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringgi,
Baik-baik berpakat suami isteri,
Sudah bersarang burung tempua,
Sarangnya tinggi tidak la rendah,
Dahulu bujang sekarang berdua,
Ikan janji terhurai sudah,
Kain baldu kain pelikat,
Dibawa amir dari melaka,
Sudah berpadu kata sepakat,
Kalau jodoh bertemu juga,
Mawar merah diatas peti,
Bunga telur atas papan,
kami rakan old sbk owner berbesar hati,
Apa yang kurang mohon maafkan...
"selamat penganti baru..bahagia ke akhir hayat"...amin..
nan_gpz11- Admin
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Salam sejahtera pembuka bicara
Izinkan saya membeli pantunnya
Buat oldsuperbikeowner dan juga ahlinya
Ucapan terima kasih yang tak terhingga
Anak Cina membawa wangkang
Tengah laut patah kemudi
Selagi ada bulan dan bintang
Tidakkan kami lupakan budi
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek bawa ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Memang pipit memakan padi
Telah lagi diberi beras
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi
Budimu tuan sukar dibalas
Nasi putih nasi lemak
Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak
Sudi bertandang ke majlis kami
Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau tidak kerana tuan
Tidak majlis semeriah ini
Terima kasih OLD SUPERBIKE OWNER
Izinkan saya membeli pantunnya
Buat oldsuperbikeowner dan juga ahlinya
Ucapan terima kasih yang tak terhingga
Anak Cina membawa wangkang
Tengah laut patah kemudi
Selagi ada bulan dan bintang
Tidakkan kami lupakan budi
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek bawa ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Memang pipit memakan padi
Telah lagi diberi beras
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi
Budimu tuan sukar dibalas
Nasi putih nasi lemak
Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak
Sudi bertandang ke majlis kami
Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Kalau tidak kerana tuan
Tidak majlis semeriah ini
Terima kasih OLD SUPERBIKE OWNER
MKI- Location : Kuala Lumpur/Bukit Beruntung
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Hahaha2..hebat!!!...sapa nk jual pantun bole...biar pengantin baru jawap..
nan_gpz11- Admin
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
Naik bas menuju utara
Singgah sebentar di tanjung rambutan
Budi kami tak tinggi mana
Cukup sekadar memenuhi undangan
Indah berseri dihari perkahwinan
Tetamu dihidang pelbagai sajian
Walaupun yang datang pelbagai haluan
Itu tandanya semangat setiakawan
Sungguh cantik bulan dan bintang
Boleh bermimpi dicapai dengan tangan
Budi yang baik tak perlu ditimbang
Cukup sekadar menjadi ingatan
Kisah teladan perlu dihayati
Kesepakatan hidup membawa berkat
Doa dan ucapan dari kami
Semoga berbahagia ke akhir hayat
"tak ramai yang boleh berpantun. ada jugak yang benci berpantun sebab biasanya pantun banyak diselitkan unsur nasihat"... ~ingat asal usul~
Singgah sebentar di tanjung rambutan
Budi kami tak tinggi mana
Cukup sekadar memenuhi undangan
Indah berseri dihari perkahwinan
Tetamu dihidang pelbagai sajian
Walaupun yang datang pelbagai haluan
Itu tandanya semangat setiakawan
Sungguh cantik bulan dan bintang
Boleh bermimpi dicapai dengan tangan
Budi yang baik tak perlu ditimbang
Cukup sekadar menjadi ingatan
Kisah teladan perlu dihayati
Kesepakatan hidup membawa berkat
Doa dan ucapan dari kami
Semoga berbahagia ke akhir hayat
"tak ramai yang boleh berpantun. ada jugak yang benci berpantun sebab biasanya pantun banyak diselitkan unsur nasihat"... ~ingat asal usul~
faizul_11
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
yang masih bujang, memang best la. bila2 masa boleh jalan.
betul3x..
Kain baldu kain pelikat,
Dibawa amir dari melaka,
Sudah berpadu kata sepakat,
Kalau jodoh bertemu juga,
wah, ini pantun boleh register dengan DBP.. hihi
Amir
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
. Ilham x da agaknyaa.........nan_gpz11 wrote:BBL7500 xada pantun ke?... haha2..
zulvoyager- Age : 52
Location : port klang
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
amir datang dari melaka
kengkawan datang dari merata
semua yang datang baik belaka
happy semua tidak terkata,
hehehe...
kengkawan datang dari merata
semua yang datang baik belaka
happy semua tidak terkata,
hehehe...
atan7800- Age : 39
Location : banting
Re: MAJLIS PERKAHWINAN MOHD KHALIFAH (MKI) GPX750
zulvoyager wrote:. Ilham x da agaknyaa.........nan_gpz11 wrote:BBL7500 xada pantun ke?... haha2..
akumatmoto- Location : klang-ipoh
Page 2 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Jemputan ke majlis perkahwinan
» UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DI Tg.Malim
» JEMPUTAN KENDURI MAJLIS PERKAHWINAN
» Majlis Perkahwinan Sdr Mizreen - 30/01/2010
» UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KAPAR
» UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DI Tg.Malim
» JEMPUTAN KENDURI MAJLIS PERKAHWINAN
» Majlis Perkahwinan Sdr Mizreen - 30/01/2010
» UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KAPAR
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|